
Dalam banyak kisah dongeng Nusantara, “Batu Belah Batu Bertangkup” antara yang paling melekat di hati kita. Kisah seorang ibu yang memendam luka dan lelah sehingga batu berpuaka menjadi tempat dia menyerahkan seluruh deritanya.
Selepas kejayaan francaise Hikayat, Astro kini menghidupkan semula lagenda itu dengan sentuhan moden dan visual yang memukau melalui siri enam episod Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup. Kisah ini bukan sekadar tontonan namun ia sebuah perjalanan rasa.
Tambah menarik dengan permainan watak, jalan cerita yang menarik serta elemen baharu yang ditambah menjadikan siri ini lebih syok untuk tonton seisi keluarga!
Siri ini turut menampilkan barisan pelakon berbakat besar dan penuh jiwa seperti Diana Danielle, Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Arabella Ellen, Fimie Don serta ramai lagi.
Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup membuka tabir kisah duka sebuah keluarga kecil. Mak Tanjung (dilakonkan oleh Diana Danielle) kehilangan suaminya, Pak Kantan (lakonan Alif Satar), yang terkorban akibat lemas ketika memancing. Tragis itu meninggalkan Mak Tanjung bersama dua anaknya, Melur (Arabella Ellen) dan Pekan (Fimie Don), dalam kehidupan yang serba kekurangan.
Dalam usaha terdesak untuk memastikan anak-anaknya terus hidup, Mak Tanjung nekad mencari berlian di kawasan Batu Belah Batu Bertangkup. Namun langkah itu membawa dia ke dalam perangkap batu berpuaka. Di sinilah kita melihat betapa kasih ibu itu seperti air sungai yang tetap mengalir meski badai datang menggila. Terharu habis, pasti menitis air mata!
Kejadian itu memaksa Melur dan Pekan meninggalkan kampung dan memulakan pengembaraan penuh cabaran demi mencari cara untuk membebaskan ibu mereka daripada cengkaman batu berpuaka tersebut.
Pengembaraan Melur dan Pekan untuk menyelamatkan ibu mereka bukan hanya kisah fizikal, tetapi perjalanan hati. Mereka belajar tentang keberanian, kehilangan, harapan dan tanggungjawab dalam usia yang terlalu muda.
Mereka mengingatkan kita bahawa adakalanya hidup memaksa kita menjadi kuat sebelum kita bersedia, dan kasih sayanglah yang menjadi kompas untuk meneruskan langkah.
Siri ini mengangkat nilai-nilai yang dekat dengan kehidupan kita:
– Pengorbanan tanpa syarat seorang ibu demi kebahagiaan anaknya
– Keberanian dua adik-beradik menghadapi ketakutan demi menyatukan semula keluarga
– Kasih keluarga sebagai tempat pulang ketika dunia terasa menekan
– Pentingnya meluah dan berkongsi beban, kerana menjadi kuat seorang diri bukan selalu tanda kemenangan
Dengan olahan moden dan penceritaan yang mengalir indah, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup bukan sekadar membawa nostalgia kisah lama. Ia membuka ruang untuk berbual dengan anak-anak tentang kasih ibu, pengorbanan, emosi yang disimpan, dan keberanian mencari cahaya walau dunia terasa gelap.
Hikayat lagenda ini telah menemui penonton mulai 14 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105). Anda juga boleh menontonnya melalui Astro GO dan sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan terbaik seisi keluarga dengan Astro One, kini dengan akses ke Saluran Kanak-Kanak dan Disney+ dari RM69.99/bulan untuk momen bersama yang lebih bermakna.