“Darinya Kita Datang, Padanya Kita Pulang. Salam Takziah.” Abang Ahmad Fedtri Yahya Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Share

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita duka apabila abangnya meninggal dunia akibat Covid-19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu berkongsi sekeping foto arwah abangnya.

Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi 😭 setelah berjuang dengan #covid19

Fedtri sebelum ini berkongsi sekeping foto bapanya sedang menerima rawatan di hospital.

“Beraya di hospital. Doakan ayah saya yang diuji positif Covid-19.

“Pertama kali masuk hospital pada usia 72 tahun. Semoga dikurniakan kesembuhan segera,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Fedtri yang turut popular sebagai pengacara program Jejak Rasul itu turut memberitahu bahawa keluarga abangnya turut menerima nasib serupa apabila kesemuanya disahkan positif Covid-19.

“Juga buat keluarga abang saya yang semuanya diuji positif Covid-19,” ujarnya.

Salam takziah buat Fedtri dan keluarga, semoga tabah dengan dugaan yang berat ini. Al-Fatihah buat arwah Zahari, moga ditempatkan dikalangan golongan yang beriman.

 

IKLAN