“Daripada Habiskan Masa Untuk Kereta, Lebih Baik Habiskan Masa Dengan Anak.” Sweet Perkongsian Bapa Ini

Share

Dulu masa bujang kereta bersih je, tetapi lepas kahwin, masyaAllah kereta penuh dengan permainan dan makanan kanak-kanak. Namun ada juga ibu bapa yang sebaliknya. Namun, perkongsian bapa ini Mohd Fhais cukup inspirasi. Beliau tak kisah jika keretanya bersepah dengan barang permainan anak-anak. Jelas momen indah membesarkan anak-anak pasti menjadi kenangan manis buatnya. Baca perkongsian bapa ini.

_____________________________________________________________________

Tak Kuasa Nak Kemas Kereta, Biarlah Macam Ni Janji Boleh Jalan

Kadang tu malu nak tumpangkan orang. Dengan mainan bersepah, selipar berterabur, sampah merata dan bau busuk.

Teruja masa mula-mula beli kereta dulu lain, rajin ya amat. Setiap minggu cuci kereta. Kalau tak ada duit nak hantar car wash, sanggup cuci sendiri. Secalit tahi burung pun boleh jadi angin satu badan.

Maklumlah kereta tu lambang kemegahan lelaki masa tu. Biar tuan kereta selekeh asalkan kereta tak selekeh. Kereta kena kilat, air freshener kena wangi dan kekemasan dalaman jadi keutamaan.

Baru ada wow factor !

Barang-barang dalam kereta orang lain tak boleh usik, bahkan awek sendiri pun tak boleh. Aduh, boleh bergaduh lah kalau orang kacau barang dalam kereta.

Setelah ada anak, segalanya  berubah

Tapi tu dulu, sekarang kereta nak jadi apa pun dah tak kuasa nak layan. Asalkan boleh jalan dah cukup senang hati.

Siapa yang dah kahwin dan anak sorang dua mesti faham. Pagi ni basuh, petang dah kotor balik. Semakin di kemas dalam kereta, semakin banyak pula barang yang di tinggal.

Bukan bermaksud lepas kahwin jadi malas nak jaga kereta, cuma malas nak tambah beban kepala. Banyak lagi benda lain nak fikir. Baju kat rumah pun tak terkemas, apatah lagi nak kemas kereta.

Terlalu fikir nak kereta cantik pun tak boleh sangat, nanti serabut. Bila serabut mulalah ringan mulut nak marah anak. Diorang bukan faham pun kalau kita cakap sayang kereta kotor.

Daripada habiskan masa untuk kereta lebih baik habiskan masa dengan anak-anak.

Kereta kita layan special macam mana pun bukan boleh terbang, tapi anak insyaallah dengan layanan special kita dia boleh terbang jauh menuju kejayaan.

Sumber: FB Mohd Fhais
Raikan anak-anak bukan kereta. Kongsikan ya supaya bermanfaat. #CoretanFhais

IKLAN