Pokok kunyit adalah antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tanaman halaman rumah.
Pokok kunyit yang mempunyai banyak kegunaan untuk masakan, kecantikan dan kesihatan menjadikan ia pokok wajib ditanam halaman rumah.
Tapi nak tanamnya memang cabaran, jika salah cara, habis pokok rosak tapi jika betul pasti merimbun!
Ikuti perkongsian lelaki ini tentang pengalaman tanam pokok kunyit. Hasilnya memang menjadi dan subur!
Saya juga baru je belajar menanam guna Polly beg ni baru sangat dalam 4 hingga 5 bulan lebih kurang.
IKLAN
Senang cerita kunyit suka sejuk maksudnya redup kalau bawah matahari terus tanpa hujan kurang siram tanah kering dia akan kuning.ini pengalaman sy tanam atas tanah yg terdedah matahari,pokok jarak2 Dan x rapat x de perlindungan.kawasan matahari ptg mmg terik.kalau matahari pagi ok lg dia mampu bertahan tp agak terbakar hujung2 la x la teruk sgt.daun masih blh guna.
Saya pindah dlm Polly beg letak tepi rumah, teduh pokok rambutan .tempat ni mmg sejuk Dan matahari pagi.daun lebih lebar daun lebih hijau Dan sy hanya guna Baja urea kalau Ada nasi basi sy letak sikit2 je Kat tanah dia pas tu gembur2kan.
IKLAN
Tanah yg sy gunakan:
Sekam bakar
Sabut kelapa halus (cocopaet)
Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar
Alhamdulillah Dari 3-4 pokok kini saya mendapat 37 pokok.
GUNA TANAH COCOPAET
Guna cocopaet ni sebenarnya senang. Saya pun baru tahu Kita x perlu siram selalu sebab tanahnya mmg sentiasa lembab.dan bila musim hujan dia x terlalu terendam air Dan dia x akan mampat so akar senang bercambah pokok jd besar daun pun besar2 geram tengok sukanyaaaaa.
POTONG BATANG JIKA ADA POKOK YANG LAYU DAN ROSAK
Ok lagi satu dalam 10 pokok yg Kita tanam mesti Ada salah satunya layu bantut Dan mati.jd saya korek isinya Dan lihat masih cantik keras x membusuk jd sy biarkan saja alhamdulillah dah keluar tunas baru.
Jika Ada pokok anda yg layu Dan mati semua daun potong je batang dia insyaallah dia akn tumbuh semula kalau isinya x membusuk.
Jika isinya membusuk baik buang je .gamburkan tanah jika tanah DH mengeras eloknya tukar tanah jika x sesuai
IKLAN
TANAM KUNYIT SKALA BERSAR
Jika Kita lihat bagai Mana org tanam kunyit berskala besar berekar2 tp cantik Dan subur walaupun terdedah pancaran matahari pada pandangan sy sebab ia rapat Dan tanahnya lembab x terlalu kering.pembajaan yg bagus kerana mereka memang pakar.tanah bersesuaian,tanah gembur Dan parairan yg bagus.
BELAJAR PENGALAMAN SENDIRI TANAM KUNYIT
Puas juga sy Cuba Cari di YouTube mencari bagai Mana menanam kunyit tp semua menunjukkan cara menanamnya sahaja tp tidak cara perawatan Dan kawasan yg sesuai. Susah sebenarnya mendapatkan ilmu jika x Ada yg ajar,apa yg Sy dpt semua Dr pengalaman sendiri.belajar Dr kesilapan Dan usaha sampai dpt.sekian ulasan sy yg panjang lebar ini.
Sekian lama menantikan kehadiran anak lelaki, akhirnya kini doa Alif Satar dan isteri dimakbulkan. Kelahiran Muhammad ‘Ali pada 19 September melengkapi rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan ini.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya ada kisah lain disebalik kelahiran tersebut. Selain cahaya mata yang dinanti-nantikan Alif dan isteri, Lebih manis lagi, ‘Ali merupakan bayi lelaki pertama dalam keluarga.
Kata Alif, sepanjang tiga generasi kebanyakan ahli keluarga sebelah ibunya terdiri daripada saudara-mara perempuan melainkan Alif sendiri.
“Dalam generasi ketiga dia menjadi anak lelaki pertama. Adik beradik ibu saya semuanya perempuan dan sepupu saya juga semua perempuan.
“Manakala, adik-beradik saya juga semua perempuan, sama juga anak saudara saya. Saya satu-satunya anak lelaki.
“Jadi, kelahiran Muhammad ‘Ali menjadi anak cahaya mata lelaki yang ditunggu-tunggu ramai sejak sekian lama,” kongsi Alif.
Berkongsi semula detik kelahiran anak lelaki pertamanya, cerita Alif dia hampir terlupa dengan hari jadinya yang jatuh pada tarikh sama dengan waktu kelahiran ‘Ali.
“Alhamdulillah anak lelaki saya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kami kerana dia lahir sama dengan tarikh hari jadi saya.
“Pada hari itu saya sudah tak fikir apa selain melihat isteri saya bertarung nyawa dan menantikan anak saya dilahirkan.
“Tepat pukul 11.21 malam, ‘Ali dilahirkan secara normal namun dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi selama lima hari kerana demam kuning,” ujarnya.
Alif dan isteri Sha Dila Halid mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
Pelbagai pandangan dan luahan diutarakan selepas pihak berkuasa menetapkan pemakaian carseat di dalam kenderaan. Ini bagi memastikan keselamatan anak ketika berada di dalam kereta terjamin.
Menurut laporan, kes kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Ironinya, Keputusan ini ada baik dan buruknya. Wanita bernama Wana Abas ini berkongsi info yang penting buat ibu bapa berkenaan pemakaian carseat.
Menurutnya lagi, info tersebut diperoleh selepas dia mengikuti taklimat bersama pihak JPJ.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat dan membantu dalam membuka mata masyarakat tentang penggunaan carseat.
Kalau cerita bakal kena kecam, tapi kalau saya tak sampaikan siapa lagi nak cerita.
Pada 10.11.19, kami wakil penjual dan pekedai mendengar taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak kanak/ child restraint system atau bahasa pasar orang pakai ialah child carseat.
Antara yang memberi taklimat ialah pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil Kpdnhep.
Saya senaraikan point utama dan soal jawab pada hari tersebut
1. Jpj akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak” iaitu kaedah jpj seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.
2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.
3. Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini.
4. Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman.
Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 januari tiada kelulusan CTA tidak akan di saman.
5. Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu
a. tidak memakai helmet,
b. pakai helmet tapi tidak ikat
c. kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi.
Jadi untuk carseat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas carseat.
6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Carseat dalam RM300 juga. Baiklah beli carseat dari kena saman.
7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan carseat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia.
Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ambil masa lama untuk didik dan kesan kesedaran akan nampak 10 tahun akan datang.
Ini antara soalan biasa didengar.
Kenapa kena pakai child carseat?
Kerusi kereta sekarang memang tidak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat.
Bagaimana dengan mereka anak ramai?
Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat.
Buat apa pakai carseat, kalau dah ajal anak akan mati juga?
Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar je unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke carseat itu satu ikhtiar.
Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit?
Ada program kutu carseat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos carseat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu je la.
Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba.
Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child carseat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira.
Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan perniaga. Percayalah jual carseat tak besar untung pun. Pertama saiz carseat besar, makan ruang untuk simpan dan kos pengangkutan mahal. Kedua terlalu banyak saingan dan buang harga menyebabkan untung tersangat kecil.
Belum kira faktor sewa dan gaji pekerja. Ketiga kos melatih staf untuk pandai carseat amat mahal mencecah ribuan ringgit. Nak kaya, untung banyak kena jual baju bukan carseat. Jual carseat ni macam khidmat masyarakat je.
Anak saya langsung tak nak duduk dalam carseat, macamana?
Anak kami masa umur setahun tak nak duduk carseat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa. Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk carseat.
Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk carseat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk carseat. Belajarlah.
Kesimpulan, nak mengamuk dan maki semua orang silakan. Sama seperti larangan merokok. Tapi cuba sekali berlapang dada dan buka hati. Kalau kita tak mampu diam diam dan cari jalan. Kalau kita mampu beli dan pakai lah. Jangan sebarkan kebencian hanya kerana kita tak faham sesuatu.
Kami mempunyai kesedaran awal kerana 2 sahabat kami kehilangan anak akibat kemalangan jalan raya. Tak perlu tunggu anak sendiri jadi mangsa untuk ambil peduli.
Kegembiraan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menimang cahaya mata bukan hanya dikongsikan bersama ahli keluarga, bahkan seluruh rakyat Malaysia tidak ketinggalan mengucapkan tahniah.
Umum mengetahui perjalanan untuk mendapatkan zuriat bukan semudah yang disangkakan. Pelbagai ujian dan dugaan terpaksa dilalui oleh isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini.
Tidak hairanlah, ramai yang sebak dan tersentuh hati bila mana lahirnya bayi lelaki penyanyi berkenaan. Ini termasuklah Beauty & Co. Clinic menerusi lama instagramnya telah memuat naik sebuah video semalam yang memaparkan perjalanan Siti dalam melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video berdurasi 6 minit itu, ia memaparkan temu bual ringkas Siti dan suaminya yang mesra disapa Datuk K. pasangan ini menceritakan pengalaman dan luahan hati sepanjang kehamilan penyanyi tersebut berlangsung.
Dalam sesi temubual bersama Datuk K, warga maya sedikit tersentuh apabila beliau meluahkan isi hatinya yang kemungkinan tidak sempat melihat anak-anaknya bersama Siti membesar atau berjaya satu masa nanti.
“I just want her to know that I just love her, she’s always in my heart. I truly honestly love her. And all my prayers sebagai seorang suami yang sangat-sangat menyayanginya untuk selamat melahirkan.
“Saya percaya kedua-dua anak ini akan memberinya berjuta-juta kegembiraan dan harapan yang menggunung. InsyaAllah kedua-dua anak ini akan menjadi solehah dan soleh yang akan menyayangi ibunya.
Sebab pada saya, menjangkau umur yang melebihi 60 tahun dan Siti baru 40an dan anak yang baru dilahirkan… untuk melihat mereka berjaya ataupun grown up, possibilities ia adalah agak kecil.
“Apa yang saya doakan anak-anak inilah yang akan bersama-sama ibunya. Yang akan mengharungi masa depan mereka bersama. InsyaAllah,” katanya.
Sumber Harian Metro
Rata-rata yang melihat video berkenaan meluahkan rasa sebak dan mendoakan semoga Dato K dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik supaya dapat melihat anak-anaknya membesar suatu masa nanti.
Sebak pulak dengar ucapan DS Khalid terutama part perbezaan umur dia dan Siti, possibility dia untuk melihat Aafiyah dan #BabyA berjaya / grown up adalah kecil.#SitiNurhalizapic.twitter.com/SNjIjTHABt
Terdahulu penyanyi lagu Anta Permana itu selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi, semalam.
Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.