
Selepas selamat melahirkan putera sulung pada 8 September lalu, Uyaina Arshad dan juga suami iaitu Raja Syahiran sepakat untuk mendedahkan nama bayi comel mereka.
Menerusi perkongsian itu, Uyaina dan suami sepakat memberikan nama bayi lelaki mereka ‘Raja Urhan’ yang membawa maksud tersendiri.
Assalamualaikum semua. Ini Raja Urhan bin Raja Syahiran. ‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat.
Tulis Uyaina di bahagian kapsyen, selain membawa maksud pemimpin yang hebat, nama Urhan itu begitu dekat dengan nama ibunya iaitu Noor Alhan dan diambil bersempena dengan nama tokoh Islam iaitu Sultan Orhan Gazi yang merupakan Sultan Empayar Uthmaniyyah.
” Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.” tulisnya.
Di hujung perkongsiannya, Uyaina juga berharap agar anak lelaki sulungnya itu akan membesar menjadi seseorang yang berguna dan beri kebaikan untuk masyarakat.
Tambahan, difahamkan akaun Instagram atas nama Urhan juga telah diwujudkan namun masih lagi dalam mod private.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Uyaina dan suami selain memuji pilihan nama selain dari mendoakan anak mereka supaya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya.
Sumber: Instagram uyainaarshad
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Tunggu Abang Luar Dewan Peperiksaan Macam Hari Pertama Masuk Tadika Dulu.”- Norman Hakim Beri Semangat Pada Anak Calon SPM 2021.

Hari ini, bermulalah cabaran buat semua pelajar calon peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Seramai 401,105 calon sekolah SPM mencipta sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu bermula di seluruh negara hari ini setelah ditunda ekoran peningkatan virus pendemik sejak tahun lalu.
Pastinya setiap ibu bapa yang mempunyai anak menduduki peperiksaan ini mendoakan anak-anak. Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan kejayaan buat anak-anak.
Begitu juga dengan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang menitipkan dia buat anaknya yang merupakan calon SPM tahun 2020 yang menduduki peperiksaan tahun ini.
Love U Lillahi Taala Abang @danishhakimofficial. Usahakan yg terbaik utk hari ini. Mama Abah, Papa Mummy doakan. –Abby Abadi

Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA
Dalam pada itu Norman Hakim turut meluangkan masa untuk menghantarkan anaknya pada hari pertama menduduki peperiksaaan.
Segala doa terbaik mengiringi setiap langkahmu anak…dari Papa,Mama,Mummy & Abah. Papa akan sentiasa tunggu abang kat luar dewan peperiksaan ni mcm hari pertama abg masuk tadika dulu. Allah s.w.t peliharamu,Muhammad s.a.w sertaimu,Nur dihadapanmu.- Norman Hakim

Dalam pada itu, warganet dan rakan artis turut mendoakan kejayaan buat Danish Hakim.
Untuk makluman, Mohammed Danish Hakim adalah anak sulung daripada tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan Abby dan Norman pada tahun 2003 dan berpisah tahun 2008.
Norman dan Memey mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Instagram Abby Abadi dan Norman Hakim
ARTICLE LAIN
Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA
Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA
Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA
Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. – KELUARGA
Petua dapur: Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zulin Aziz Tidak Terasa Hati Ditegur Badan Berisi Sebab Disangka Mengandung Daripada Dianggap Gemuk

Zulin Aziz tidak terasa hati ditegur badan berisi sebab disangka mengandung daripada dianggap gemuk. “Lebih baik cakap saya mengandung daripada kata saya gemuk”. Demikian luahan hati artis versatil, Zulin Aziz tentang dirinya yang sering kali disangka berbadan dua.
Zulin Aziz Tidak Terasa Hati Ditegur Badan Berisi Sebab Disangka Mengandung Daripada Dianggap Gemuk

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dia menganggap kata-kata orang yang menyangka dia hamil sebagai satu doa.
“Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk, saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur, ‘Eh pregnant’.
“Saya akan aminkan doa itu sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan.
“Kalau macam orang tegur, ‘Kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.
“Bagi saya, kalau ada yang nampak saya gemuk tu, anggap sajalah yang saya hamil.”

Tambah Zulin, dia akan menjadi lebih semangat untuk mendapat cahaya mata sekiranya ada yang beranggapan dirinya sedang berbadan dua.
“Saya anggap mereka terujalah dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun, bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.
“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi, saya biarkan saja dan anggap saja la saya hamil.”
Ketika ditanya adakah dirinya terasa hati jika ada pihak yang memegang bahagian perutnya, pelakon berusia 35 tahun ini memilih sikap terbuka dan menganggap ia sekadar cara seseorang itu mahu memulakan perbualan dengannya.

“Saya tak terasa langsung (pegang perut), kalau ada orang pegang perut boleh terus pregnant, saya nak. Sebenarnya ikut logik, orang jadikan sebagai topik untuk berbual saja.
“Lagipun itu benda pertama yang dia nampak. Kita anggap itu topik perbualan.”
Untuk rekod, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.
Sumber: Oh Bulan
Baca artikel lain juga: Nekad Pertahankan Rumah Tangga, Zulin Aziz Tak Jadi Berpisah
Rupanya Apendiks Tu Dah Pecah! Zulin Aziz Selamat Jalani Pembedahan, Berazam Mula Makan Sihat
Anak? Zulin Aziz Harap Netizen Lebih Bijak Dalam Melontar Soalan Isu Sensitif
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jadi Suami Isteri Terbaik Dalam Rumah Tangga, 6 Cara Fahami Hati Pasangan, Wajib Buat!

Bukan rumah tangga namanya jika tidak diselitkan dengan perbalahan. Jangan biarkan drama cinta ini mengganggu cinta anda dan suami. Jangan biarkan musim percintaan yang dahulunya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta kian pudar ditelan dek masa. Walaupun sudah hampir lima tahun berumah tangga, namun sikap suami atau isteri semakin hari semakin berubah. Bagaimana untuk betulkan keadaan ini?
Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu bagaimana untuk menjadi isteri mahupun suami terbaik buat pasangan anda.

Berlaku adil
Jangan sesekali mengelakkan diri daripada pasangan, bimbang mengundang masalah yang lebih serius. Sebaiknya berbincang dan dengar pandangan pasangan anda. Usah bersikap pentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pandangan anda dituruti. Mungkin idea atau nasihat pasangan lebih baik daripada anda.
Seimbangkan masa dengan baik untuk kerjaya dan rumah tangga. Bagi wanita pula, biar sehebat atau setinggi mana jawatan anda di luar, di rumah anda adalah seorang isteri dan ibu.
Keterbukaan
Sikap ini perlu ada di dalam diri setiap pasangan baik yang baru mahupun yang sudah lama berkahwin. Komunikasi dua hala sering kali menjadi penyelamat dari sebuah konflik. Jika ada benda-benda yang kurang berpuas hati, selesaikan dengan segera.
Tidak perlu cepat melenting, sebaliknya minta penjelasan daripada pasangan tentang apa yang terbuku di hati anda. Jangan biar masalah menjadi duri dalam daging dan mengganggu perasaan.
Nasihat orang yang betul
Jika anda dan pasangan sedang menghadapi masalah, jangan sesekali menceritakan hal tersebut kepada orang lain, terutama rakan sekerja. Bimbang nanti ia akan menambahkan lagi masalah. Jika mahu mendapatkan pandangan mahupun nasihat, cari mereka yang boleh membantu. Misalnya ibu bapa, sahabat rapat atau sebagainya.
Jangan mengutuk mahupun menceritakan keburukan pasangan anda, sebaliknya minta nasihat bagaimana kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.

Bertolak ansur
Setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing. Sebaiknya, untuk menjadi pendengar yang baik jangan cepat membantah atau menolak sekiranya pasangan anda mengemukakan pendapatnya. Dalam hal ini, harus ada memberi dan menerima.
Bertolak ansur antara satu sama lain adalah perkara asas dalam sesebuah rumah tangga yang harmoni. Tidak kiralah jika apa yang anda rasa betul dalam sesuatu perkara itu, tetapi fikirkan juga tentang sensitiviti orang lain. Mungkin baik untuk diri anda tetapi tidak daripada pandangan mereka atau sebaliknya.
Tarik perhatian pasangan
Bagi anda yang baru mahupun sudah lama berumah tangga, harus sentiasa memikat hati pasangan . Suami isteri perlu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada pasangan. Bukan sekadar memberi perhatian kepada penampilan diri semata-mata, sebaliknya dari segi layanan, mengambil berat, bermanja dan sebagainya.
Tunjukkan penghargaan terhadap pasangan anda. Hargai apa yang mereka cuba lakukan. Penghargaan tidak semestinya berbentuk materialistik, cukup sekadar dengan hanya menyatakan terima kasih. Apabila anda menghargai pasangan, pasti segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan cara yang mudah.

Komunikasi dua hala
Jangan disebabkan tekanan atau kesibukan kerja, anda tidak mahu meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pasangan. Penat bagaimana sekalipun, ‘curi masa’ untuk berbuat demikian. Jangan sesekali membawa pulang kerja pejabat ke rumah. Fokus kepada rumah tangga dan pasangan anda.
Selain menjadi pendengar yang setia, anda juga perlu juga meluahkan rasa jika mempunyai masalah. Jangan selesaikan sendiri biarpun ia perkara yang mudah buat anda. Ini akan membuatkan pasangan terasa tidak dipinggirkan.
Jangan biarkan pasangan tertanya-tanya kenapa sikap anda berubah. Berterus terang adalah satu sikap yang baik untuk mengelakkan masalah dalam rumah tangga.
Foto: haniszalikha instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


