Demi Isteri, Suami Angkut Bahan Buat Biskut Raya Dalam Bilik. Warganet Beri Pujian.

Share

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan meraikan Aidilfitri. Ketika ini sudah tentu ada yang sibuk memasak kuih raya. Selalunya isterilah paling sibuk membuat persiapan.

Namun, berbeza dengan pasangan ini. Isteri tidak memasak kuih raya ekoran baru menjalani pembedahan. Demi isteri tercinta, suami mengambil alih memasak kuih raya. Sweet kan!

Menurut puan Ruzzainie Mamat, suaminya membawa masuk bahan membuat biskut ke dalam bilik untuk bertanya dengan mudah cara penyediaan membuat kuih raya.

Selanjutnya ikuti perkongsian ini.

Alhamdulillah aktiviti malam ni…Satu2nya biskut raya tahun 2021..Isteri baru operation buang hempedu 3 minggu lepas.. masih x boleh duduk bjalan normal..masih sakit sbb open surgery…tp barang2 biskut mmg da beli sebelum puasa lg.

..x mau membazir barang2 suami la yg offer diri google resepi buat n melunaskan impian 🤧🤧🤧..sbb x larat ulang alik tanya isteri gini ok x ok x…last2 dia bawak masuk semua barang lam bilik..mujur oven je x masuk😁😁.

Dalam pada itu, sikap kesungguhan dan prihatin suami ini mendapat pujian warganet.

Begitulah sikap suami yang begitu menghargai isteri. Sanggup melayan kehendak dan tak berkira dengan isteri.  Ciri-ciri sebuah keluarga bahagia.

Sumber: Ruzzainie Mamat

 

 

IKLAN