Dengar Nama Kuih Ni Je Dah Tak Selera, Tapi Kuih Tahi Itik Sedap Rupanya!

Share

Apabila bercakap tentang negeri Kelantan, kita pasti terbayang akan kepelbagaian makanan dan kuih-muih di negeri tersebut seperti, nasi kerabu, kuih akok, kuih cek mek molek dan banyak lagi. Namun, tak ramai yang tahu mengenai kewujudan kuih tahi itik. Walaupun nama kuih itu agak aneh tetapi ia benar-benar wujud di negeri Kelantan.

Pasti ramai yang bertanya kenapa kuih tersebut dinamakan seperti itu. Ia digelar sebagai “tahi itik” kerana rupanya yang berwarna putih dan bertempek-tempek menyerupai tahi itik. Kuih tahi itik juga pernah dikenali sebagai kuih hati sukma.

Anda boleh mendapati kuih ini di pasar, pasar minggu dan pasar tani di Terengganu juga.

Bahan-Bahan

Putih telur (10 biji)

Santan (500ml)

Gula pasir (400gm)

Tepung pulut (100gm)

Tepung beras (150 gm)

Daun pandan (sehelai) – dicarik

Esen vanila (sedikit)

Cara pembuatan

Ia dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Masukkan kesemua bahan dan kacau atas api. Kemudian, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat sebelum dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.

Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana. Jangan menilai sesuatu tanpa mengenal isinya. Selamat mencuba!

Sumber: Illuminasi

IKLAN