“Dia Antara Orang Yang Paling Terankhir pulang Dari Majlis Itu” – Neelofa Akui Jasmin Suraya Orang Terakhir Pulang Dari Majlis Cinta Nabi

Share

Pelakon wanita, Jasmine Suraya Chin sebelum ini pernah mengakui bahawa beliau mahu mengenali dengan agama islam dengan lebih mendalam.

Manis sejuk mata memandang dengan penapilan Jasmin Suraya yang dimuatnaik di laman Instagramnya. Dalam posting beliau beliau tidak menyatakan untuk ke mana dengan penampilan itu.

Menurut Jasmine ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, hal yang dilakukan ini merupakan suatu perkara bersifat peribadi.

Namun dalam satu video dan posting rakan artis yang menarik perhatian orang ramai, merakamkan kelibat Jasmin Suraya yang mengahadiri ke majlis Hijrah Cinta yang dianjurkan oleh Neelofa baru-baru ini.

Difahamkan, dia pada mulanya ingatkan majlis tersebut menceritakan kisah cinta tetapi rakannya memberitahu Hijrah Cinta berkaitan dengan kisah nabi.

Majlis tersebut yang dihadiri rakan-rakan artis lain antaranya Zarazya, Izara Aisyah, Eka Farhana dan ramai lagi.

 Dalam pada itu, Jasmin sangat terharu  dan merasakan kehadirannya sangat dialu-laukan serta disambut baik oleh rakan artis di majlis anjuran Kasehneelofa tersebut.

Kredit: Harian Metro

IKLAN