Didie Alias Kongsi Rasa Terharu Anak Berjaya Peroleh Ijazah Kelas Pertama, Hilang Penat Lelah.

Share

Kejayaan anak itu sesuatu yang cukup membahagia ibu bapa. Begitulah yang dirasai oleh artis versatil, Didie Alias lebih segala penat lelah berbaloi apabila melihat kejayan anaknya.

Didie, atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali berkata, dia mahu kesemua anaknya berjaya mencapai cita-cita mereka.

Terbaru menerusi kapsyen di laman Instagram (IG) miliknya, Didie telah melahirkan rasa bersyukur dengan kebahagiaan yang telah diberi. Anaknya ketiganya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniafaan Antarabangsa dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) yang menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Alhamdullillah syukur..

Satu2 Allah curahkan kebahagiaan buat mumy.

Seorang lagi anakanda mumy terima Bachelor in International Business..
Tahniah @dinierdzn buat mumy rase mumy adalah wanita terbahagia dunia akhirat.
Hilang segala penat lelah mumy..
Amin yra Terima Kasih Allah🙏

 

Rata-rata pengikut Didie memberikan ucapan tahniah kepada Nurdinie kerana berjaya mencapai cita-citanya di usia muda. Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

 

 

 

 

Untuk rekod, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercerai pada 2002.

Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nurdinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.

Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.

Sumber:ladydidiemsia

IKLAN