“Disebalik Kepahitan, Saya Peroleh Kemanisan.” Rezeki Selepas Diuji, Amyra Rosli Luah Rasa Syukur

Share

Diduga dengan pelbagai ujian sebelum ini, pengacara jelita, Amyra Rosli bagaimana pun tidak mengeluh, sebaliknya dia menganggap apa yang berlaku adalah takdir Yang Maha Esa.

Bermula dengan kesihatan diri sendiri diuji dek penyakit misteri, situasi kian merumit bila mana anak keduanya, Ayra Aryssa pula menghidap penyakit keradangan saluran darah dikenali dengan nama Kawasaki.

Namun,semuanya ditempuhi dengan penuh reda dan sesekali tidak melemahkan dirinya.

Mendung hitam berarak ,datang pula cahaya indah yang menyinari isteri kesayangan Amar Baharin ini.

Hos Nona itu baru-baru ini dipilih Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards.

 Terbaru, dia disunting pula sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.

“Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.

“Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacara Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara diiktiraf.

“Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini,” kata Amyra.

Pemilik nama penuh, Nur Amira Izzati Rosli ini tertarik dengan tema diketengahkan.

“Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.

“Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini,” katanya

IKLAN