
Mama papa semua, kalau tengah fikir nak bawa anak-anak ke mana cuti sekolah nanti, kami ada satu cadangan yang memang tak boleh tolak! Bayangkan wajah ceria si kecil bila tengok Mickey Mouse, Ariel, Team Spidey dan rakan-rakan Disney muncul depan mata dalam satu konsert interaktif yang penuh warna, lagu dan aksi menakjubkan.
Yup, “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!” akan menggegarkan Arena of Stars, Resorts World Genting dari 29 Ogos hingga 1 September 2025. Dengan lapan persembahan selama empat hari, konsert ni bukan sekadar pertunjukan biasa, ia adalah pengalaman sekeluarga yang penuh magik, hiburan dan memori yang akan kekal di hati anak-anak.
Nak tahu apa yang buat konsert ini wajib masuk dalam kalendar cuti korang? Jom tengok lima segmen paling menarik yang dijanjikan dalam persembahan kali ini:
Mickey Mouse, ikon Disney yang tak pernah lapuk dek zaman, mengajak semua rakan ke Clubhouse untuk satu hari penuh permainan. Tapi, bukan sekadar main biasa-biasa ya kerana persembahan ini sarat dengan lagu catchy seperti “Hot Dog!”, tarian bersemangat dan interaksi langsung dengan penonton.
Anak-anak pasti terhibur dengan gaya comel Mickey dan Minnie, dan mama papa pun boleh layan nostalgia sama. Segmen ni ibarat warm-up untuk malam yang penuh keajaiban!
Cuaca tiba-tiba jadi pelik dengan fenomena hijau misteri muncul dan mengganggu keseronokan. Tapi jangan bimbang, Team Spidey dari “Marvel’s Spidey and His Amazing Friends” datang menyelamatkan!
Dengan aksi akrobatik yang mengagumkan dan lagu “Do the Spidey” yang energetic, segmen ni penuh adrenalin. Si cilik yang minat superhero confirm melekat mata , siap ada gaya Spidey yang boleh ikut sama-sama!
Siapa tak kenal Ariel? Puteri duyung kesayangan ramai ni akan memeriahkan pentas dengan dunia bawah lautnya yang mempesona. Visual 3D yang digunakan dalam persembahan ini akan buat semua rasa macam berada terus di dasar laut yang magical sangat!
Suasana berubah jadi dreamy, dan ini memang waktu paling sesuai untuk semua princess kecil dalam dewan senyum sampai telinga. Sesuai sangat untuk bonding mama dan anak perempuan!
Watak-watak dari “SuperKitties” dan “Puppy Dog Pals” muncul dengan gaya mereka yang cute overload. Lagu “Oopsie Kitty” akan buat satu dewan menari sama-sama, sambil senyum-senyum tengok gelagat comel di atas pentas.
Segmen ni sesuai sangat untuk anak-anak yang lebih kecil, especially yang suka haiwan peliharaan dan warna-warni ceria. Ibu ayah jangan pelik kalau balik nanti anak tiba-tiba nak bela kucing ya!
Apa yang lebih indah daripada tengok semua karakter Disney Jr. berkumpul dalam satu persembahan akhir yang penuh tenaga dan emosi? Segmen penutup ini akan buat semua bangun berdiri, menyanyi, menari dan tepuk tangan serentak.
Inilah masa nak rakam video, selfie dan simpan memori indah sekeluarga. Sebab bukan selalu kita dapat peluang tengok dunia Disney hidup depan mata macam ni.
🗓 Tarikh: 29 Ogos – 1 September 2025
📍 Lokasi: Arena of Stars, Resorts World Genting
🎟 Tiket: Boleh dibeli di rwgenting.com & ticketingtix.com
📱 Update: Follow IG, TikTok & FB rasmi + guna hashtag #DisneyJrTour
Pilih waktu persembahan yang sesuai sama ada pagi, petang atau malam. Bawa baju selesa, air minum anak-anak, dan jangan lupa kamera/telefon penuh bateri. Percayalah , Anda akan nak rakam semua!
Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! bukan sekadar hiburan. Ia peluang bina kenangan, eratkan hubungan keluarga dan bagi anak-anak rasa seronok yang mereka akan ingat selamanya. Jadi… tunggu apa lagi? Jom plan trip ke Genting dan jadikan cuti sekolah kali ni penuh dengan gelak tawa dan magik Disney!