DIY ‘Air Tenaga’ Baik Untuk Ibu Hamil & Menyusu Sepanjang Puasa. Yang Tengah Berpantang Pun Boleh Cuba. Guna 3 Bahan Sahaja. Cukup Mudah!

Share

Mengandung adalah momen yang sangat dinantikan oleh setiap wanita berkahwin. Namun, ada antara ibu hamil yang mengalami alahan teruk ketika mengandung.

Ditambah lagi bulan puasa pasti sedikit sebanyak memberi kesan. Justeru, ibu-ibu yang sedang hamil dinasihatkan supaya tidak meneruskan puasa.

Tetapi bagi bakal ibu yang kuat dan tetap mahu berpuasa tiada masalah asalkan tidak memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan. Justeru, admin kongsikan satu resipi dari  Nurasykin Ali.

Resepi DIY air tenaga guna 3 bahan ini bukan sahaja sesuai untuk ibu hamil, malah boleh dicuba oleh mereka yang di dalam berpantang dan menyusu. Kandungan fiber yang tinggi akan membuatkan si ibu rasa bertenaga sepanjang hari.

Kekalkan tenaga ibu mengandung

3 bahan mudah DIY air tenaga

Cuma guna 3 bahan je awak. Susu, kurma dan barli.

Barli tu rebus dulu tau. Biasanya 1/2 cawan barli rebus dengan 6 cawan air. Rebus sampai kembang.

Ini sukatan untuk sekali minum.

1 cawan susu
1/2 cawan air rebusan barli
5 biji kurma (buang biji dan basuh)
2 sudu barli (yang dah direbus)

Seminit dah siap!

Caranya, masukkan semua bahan tadi dalam blender.

Blend sampai puas hati

Ha, tak sampai 1 minit pon. Siap dah!

Maaf la ya kalau tertelan-telan air liur tu. Takpe, tinggal berapa jam je lagi nak buka.

Sesuai untuk ibu hamil, pantang dan menyusu

Air ni sesuai sangat untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu tau. Rasa dia pon sedang elok manis lemaknya. Disebabkan tinggi fiber, ibu akan rasa sentiasa bertenaga sepanjang masa.

Kalau suka, boleh pergi dekat Resepi Ibu Berpantang. Dalam ni memang lubuk resepi-resepi sihat. Join lah!

Sumber : Nurasykin Ali

IKLAN