Hanya DIY sendiri dengan menggunakan cat epoxy ini bagi menggantikan tikar getah yang terkoyak.
Sorry u all since posting sy pasal cat epoxy ganti tikar getah lma yg koyak tu bertubi-tubi comments masuk sorry x dpt nk response smua comment coz terlalu bnyak sgt😄..
Ads
Sy pn bru 1st time cat epoxy ni dkt rmah yg sy swa ni sblum ni pon pkai tikar getah jer..idea ni dpt dri member kita jgk dlm group ni thanks ya..
Cat ni nma epoxy ivory heavy duty
Sy bli 5 liter rm135 jer
Ads
Cara2 pengunaan nya
-cat ni kna bancoh dgn epoxy hardener
– once dh bancoh kna gunakan sampai hbis klu x cat akn membeku.
-tempoh masa utuk kering lbih kurang 2 jam tp lg better biarkn seharian
Ads
-bnyak pilihan warna jga antarany grey,green yellow n bnyak lg lh..
-sy cat mngunakn brush roller yg kecil ada contoh dlm gambar kt bwah..
-klu bleh guna kn brush kicil untk sapu d bahagian tp dahulu kmudian bru lh guna roller di bahagian tgh..
Apa lg ya🤔 ok cukup kot..
Slamat mncuba😄👍
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.
Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar motivasi dan psikologi termasuk keibubapaan berbicara mengenai cara mendidik anak. Ia dilakukan secara live di FB.
Lebih menarik lagi ada yang menulis nota lengkap ilmu keibubapaan walaupun diadakan secara live di FB.
Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi nota lengkap yang disampaikam oleh Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM & Naib Presiden I-Medik. Malah catatan lengkap puan Zatil mendapat pujian oleh doktor berkenaan.
Ikuti catatan ilmu keibubapaan ini.
Catatan nota saya dari FB Live Psikologi Abi Ummi oleh Dr. Rozanizam malam tadi:
Hanya satu jam setengah tapi rasa macam pergi seminar 2 hari.
KAEDAH 5R UNTUK MEMBENTUK KECERDASAN EMOSI ANAK
🔘Prinsip Asas Psikologi Ibubapa:
1. Tidak ada ibubapa yang sempurna, yang ada hanyalah ibubapa yang sentiasa memperbaiki diri (No perfect parents, only improved parents).
2. Ibubapa lah model kpd emotional intelligence anak-anak (Model it out).
3. Bina ikatan dgn anak-anak (Bonding 3X!).
4. Ia adalah proses yg perlahan tetapi berterusan (Slow & steady process).
🔸Sentiasa deposit emosi kepada anak-anak, itu pelaburan kita.
-yang kita akan tuai kemudian.
🔸Mempelajari psikologi anak-anak adalah 1 tuntutan.
-agar setiap yang kita buat itu dengan ilmu.
🔘Kestabilan: Anak-anak perlu stabil untuk membolehkan dia berkembang.
4S untuk bina kestabilan anak:
1. SAFE (fizikal)
-anak perlu rasa selamat
2. SECURED (hubungan)
-anak perlu rasa dilindungi oleh ‘attachment figure’ eg: ibu, ayah dll
3. SOOTH (emosi)
-anak perlu rasa tenang
4. SEEN (emosi)
-anak perlu rasa dihargai dan dipandang.
🔸Hasil daripada 4S ini, anak akan dapat berkembang secara normal dari segi fizikal, kognitif dan emosi.
4 jenis ibubapa:
1. Ignore- tak peduli emosi anak
2. Disapproved- nafi emosi anak
3. Leisure spare- ambil mudah emosi anak
4. Ultra parents- ambil berat emosi anak
▪️Ibubapa jenis ignore, disapproved dan leisure spare menghasilkan anak yang bermasalah.
▪️Ibubapa jenis ultra akan menunjukkan bimbingan emosi:
-mereka terima emosi anak
-mereka pandu anak untuk ekspres emosi
-mereka bantu anak mengurus emosi
🔘 Emotional Quotient lebih penting daripada Intellectual Quotient.
🔸EQ:
-tahu dan mampu mengendali serta mengurus perhubungan.
-tahu mengurus emosi diri
-tahu cara untuk berhubung
🔸IQ itu boleh diukur, tetapi EQ tidak.
🔸Kenapa perlu bina EQ?
1. EQ berkadar langsung dengan kejayaan.
2. EQ tidak boleh terbentuk sendiri.
🔸EQ hanya boleh dibentuk melalui bimbingan emosi oleh ibubapa (emotional coaching by parents).
-tapi berita baiknya, otak anak kita ini seperti plastik;
-boleh dibentuk (mould)
-bahkan sehingga anak berumur 27-28 tahun
-makin kita bentuk, makin cantik
-makin kita buat, makin mahir
-eg: dari seorang anak yang tak pandai kawal marah kepada anak yg tahu cara mengawal dan melepaskan kemarahannya dengan betul.
🔸EQ anak kita bergantung kepada kita sebenarnya!
🔘 Kaedah 5R untuk bentuk EQ anak.
1. REFLECTION
2. RELAXATION
3. REGULATION of emotion
4. RELATIONSHIP building
5. RESCPECT
1. REFLECTION
▪️self-reflection/self-awareness
▪️kemampuan untuk muhasabah diri dia
▪️Mampu lihat diri dia dari luar
▪️eg: “Aku marah sangat ni.. Aku kasar sangat ni..”
▪️Dia sedar diri
▪️Tahu setiap kesan emosi kpd tindakannya dan kesan tindakannya kpd emosinya.
▪️Ramai generasi muda hari ini tidak sedar akan dirinya (clueless generation).
▪️Dalil muhasabah:
“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah ia lakukan untuk hari esok (akhirat).. ”
(Surah Al-Hasyr, 59: 18)
🔸Tips 10R untuk galakkan anak muhasabah diri (encourage self-reflection) :
1. Jadi teladan kepada anak (role model)
-anak belajar cara marah daripada kita
2. Berikan masa lapang
-allow free time
-supaya anak ada masa untuk fikir tentang diri dia
3. Ambil masa untuk keluarga bermuhasabah
-buat usrah keluarga
-tanya dan bina perbualan
eg: “Apa 3 benda yg buat kakak gembira hari ni?”
4. Galakkan anak ekspres emosi
-bagi anak luah sama ada secara kata-kata atau tulisan atau lukisan
-anak boleh tulis diari
5. Tanya anak soalan yang boleh buat mereka berfikir
-anak akan belajar berfikir
6. Tanya anak apa yang dia syukuri
7. Belajar untuk ‘slow down’
Ajar anak STOP untuk bertenang, baru proceed:
S-Stop dulu
T-Take deep breath
O-Observe
P-Proceed
8. Do it again, do it right
-beri anak peluang untuk betulkan kesilapan dia
-bukan berleter tentang salah dia
-minta dia buat semula dengan cara yang betul
-anak akan belajar dan berkembang
-eg: Ajar anak cara untuk minta tolong dengan tertib.
9. Puji mereka
Syarat puji:
-sebut emosi kita
-sebut kejayaan dia
-eg: “Ummi happy sangat Anas tak kedekut dengan adik.”
10. Galakkan anak untuk selalu self-talk
-ajar dia motivate diri sendiri
-eg: “Kakak boleh buat.”
—————————————————
2. RELAXATION
▪️Ajar anak untuk bertenang
-bayangkan otak kita saat minyak dan air bercampur
-ketika kita tidak tenang, kita tidak dapat berfikir dengan baik
-baik dan buruk bercampur aduk
🔸Tips 8R ajar anak bertenang
1. Deep breathing
-ada banyak teknik untuk buat deep breathing
-sama ada seolah2 tiupan belon, bunga, guna bola kembang kempis
-bole tengok YouTube Dr. Rozanizam tentang deep breathing
2. Progressive muscle relaxation
-cara release stress dengan jadi ‘turtle’
3. Cara imaginasi:
-membayangkan berada di pantai etc
-untuk escape/break otak daripada fikiran tak tenang tu
4. Squeeze ball
-masa kita marah, otak kita tak rasional krn otak luar shut down dan otak emosi activated
-otak emosi yang kawal
-kita kena buat supaya otak luar kawal semula otak emosi
-tonton YouTube Dr. Rozanizam:
Relaxation and mindfulness
5. Buat aktiviti, senaman atau bermain
-bukan melalui gadget
-gadget adalah artificial world
-anak kena tahu bahawa hanya dia sahaja yang boleh tenangkan diri dia sendiri
6. Ajar anak fikir positif
-perbetul cara fikir anak
-eg: “bukan susah, cuma belum pandai.”
-kalau kita fikir susah, emosi yang datang: “aku tak boleh buat ni.”
-ajar anak fikiran alternatif lain untuk bina fikiran positif
-eg: “mesti ummi tak sayang aku.” tukar kepada “mungkin ummi penat dan susah hati, bukan ummi tak sayang.”
7. Role model
-kita yang tunjuk kepada anak cara yang betul untuk bertindak bila marah atau tertekan
-eg: berwuduq, solat, baca Quran, memasak etc
8. Ajar anak untuk ekspres, ceritakan, kongsi apa yang mereka rasa
-bantu dia utk luah perasaan
-ingat, apa yang kita tanam saat anak umur 12 tahun mungkin berguna untuk dia ketika dia umur 20 tahun.
————————————————-
3. REGULATION of emotion
▪️Kemahiran untuk kenalpasti dan kendalikan emosi secara positif
▪️Emosi ni dia ada range dia
-jika sekelip mata boleh berubah terus dari tenang kpd amuk, itu tandanya dia tidak mampu kawal emosi
-kunci kestabilan emosi: resilient
🔸Tips 5R untuk ajari anak kawal emosi (RULER)
1. Recognise
-kita yg perhati dan kenalpasti, bukan tunggu anak yg datang
-pelajari kaedah LOOK
2. Understand
-belajar untuk tahu dan faham apa punca perasaan tu
3.Listen & label
-bagi anak cerita; anak akan belajar label emosi dia
-ada lebih 500 emosi dalam diri seseorang
-‘name it to tame it’
-anak lelaki sebenarnya lebih beremosi daripada anak perempuan cuma dia susah nak cerita.
eg: “oh abang rasa sedih sebab abi tak bawa abang sekali pergi masjid?”
4. Express
-ajar anak ekspres dengan cara yang betul
-eg: bila marah boleh keluar bermain, bukan pukul adik
5. Regulate effectively
-ajar anak bagaimana cara untuk kawal emosi dan bertenang
-eg: minta maaf, melukis etc
4. RELATIONSHIP building
▪️anak mampu bina hubungan yg baik
▪️anak ada hubungan yg bermakna dgn orang lain
▪️anak mampu untuk berkomunikasi dgn orang lain
🔸7 kemahiran yang perlu untuk anak bina perhubungan:
1. Boleh berkongsi
2. Boleh bekerjasama
3. Boleh mendengar dan memberi maklumbalas
4. Boleh mengikut arahan
5. Boleh menghormati ruang privasi orang lain
6. Boleh eye contact
7. Berakhlak dan berbudi bahasa
🔸6 cara untuk anak bina perhubungan:
1. Beri anak bermain
2. Ajar anak urus emosi
3. Ajar anak empati
4. Bercerita dengan anak
-social stories
-anak lebih cepat belajar ketimbang hanya kata-kata
-boleh tonton bersama anak filem Inside Out.
5. Modelkan pada anak cara berkawan
6. Set rules dalam keluarga
-eg: jumpa orang, salam.
—————————————————
5. RESPECT
▪️Anak boleh menghargai orang lain, dan anak tahu bahawa orang lain ada nilai
🔸13 cara ajar anak untuk hormat:
1. Tunjuk kpd mereka yg kita hormat mereka
-bila anak bercakap, kita tengok dia
2. Biasakan pandang mata anak bila anak bercakap dengan kita
3. Puji dia bila perbuatan dia menunjukkan dia hormat orang lain.
4. Hukum dia bila dia menunjukkan perbuatan tidak hormat orang lain.
5. Ajar anak untuk ambil tahu pandangan orang lain
-anak perlu tahu bahawa pandangan orang lain matters
6. Ajar anak kenalpasti pandangan orang lain
-identify other people viewpoints
7. Ajar anak kenal perihal orang lain
8. Ajar anak berkongsi
9. Ajar anak bersyukur
10. Fahamkan anak kenapa dia jadi tidak hormat
11. Ajar anak minta maaf
12. Ajar anak ucap terima kasih
13. Ajar anak empati
Ikuti FB Live Dr. Rozanizam seterusnya tentang ‘Bila anak buat perangai’ Isnin ini 9 malam.
Gara-gara mencuba petua yang dikongsikan menerusi instagram, isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Ica mengalami demam panas dan hampir bentan.
Ica yang baru sahaja melahirkan anak yang kedua sebelum ini ada memuat naik soalan menerusi instagram storynya untuk mendapatkan petua atau tip bagai mengurangkan penyakit kuning pada anaknya yang baru lahir.
Perkongsian tersebut mendapat banyak respons dan petua daripada wargamaya. Salah satunya adalah dengan menyarankan dia mengambil air sengkuang cina.
Justeru, Ica meminta suaminya, Tajul membelikan air tin sengkuang cina tersebut. Pada awalnya, dia hanya rasa seperti biasa sahaja namun apabila sampai di rumah dia sudah mula rasa pening kepala seperti mahu pitam. Malam itu juga Ica terus demam panas serta rasa sejuk sehingga ke tulang.
“Lagi extreme bila pakai selimut berlapis-lapis pun rasa sejuk tetap tembus” , kata Ica.
Melihat situasi yang dialami isterinya, Tajul kemudiannya mendapat petua membakar bawang putih. Lalu dimasukkan ke dalam nasi yang dikepal kemudian dimakan.
Akui Ica, walaupun rasanya tidak enak namun ia berjaya memberi sedikit kelegaan kepadanya.
Dalam menceritakan detik cemas itu, Ica sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang telah menjaganya dengan baik. Kata Ica dia jarang demam, bila jadi begini dia seperti trauma nak mencuba petua pelik-pelik yang lain.
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama apabila mencuba petua ini.
Ica turut menjelaskan bahawa ‘antibody‘ seseorang itu berbeza. Mungkin petua ini sesuai untuk orang lain tetapi apakan daya tidak sesuai untuk dirinya.
Menurut Ica lagi, apa yang dikongsikan itu adalah bagi memberi kesedaran buat ibu-ibu baru di luar sana bagi mengelak mengalami situasi yang sama.
Tentunya waktu ini ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan hari pertama anak-anak. Pastinya ada segelintir anak-anak yang menangis tetapi ada juga yang dapat mengawal perasaan.
Waktu ini juga, cikgu adalah individu yang popular yang akan menjadi perhatian ibu bapa. Ketika ini cikgu akan menjadi rujukan utama untuk pelbagai masalah dan perkara berkaitan persekolahan. Begitulah tanggungjawab cikgu ketika ini, sebagaimana yang dipaparkan oleh Pakar Kekeluargaan, DrTaufiq Razif perihal peranan cikgu.
5 Benda Mak Ayah WAJIB Tahu Tentang Cikgu
1. Cikgu ni tempat anak kita bertanya dan menuntut ilmu. Tugas mengasuh dan mendidik anak tu tetap 100% di bawah bahu kita mak ayah
2. Cikgu ni tetap manusia biasa. Bila ada salah dan silap tu tegurlah tapi biarlah dengan saluran yang betul dan dengan cara yang berhikmah
3. Cikgu ni walaupun sporting macam mana pun mereka bukannya kawan anak kita. Mereka tu GURU mereka. Jadi ajarlah anak kita untuk jaga adab dan kata kata dengan guru. InsyaAllah berkat hidup anak kita bila mereka pandai hormat orang yang beri mereka ilmu
4. Cikgu ni besar jasanya pada anak kita. Walaupun nampak cikgu cuma ajar benda yang remeh pada mata kita tapi kita tak tahu mungkin benda remeh tu la yang paling anak kita perlu suatu hari nanti
5. Cikgu ni bebannya banyak dan berat. 1 guru tu kadang nak kena jaga sampai 30 orang murid. Tak mampunya mereka nak fokus kat anak kita sorang je. Jadi, tanggungjawab kita la untuk bagi fokus secara eksklusif pada anak kita sendiri.