DIY Jadikan Kipas Dingin Seperti Aircond! Mudah Aje Nak Buat, Barulah Tak Panas

Share

Sejak akhir-akhir ini cuaca panas melampau itu menyaksikan banyak aktiviti dihadkan supaya tidak menganggu kesihatan manusia. Malah aktiviti luar kanak-kanak sekolah dikurangkan untuk mengelak sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan nyawa.

Bahang kepanasan melampau ini turut dirasai apabila berada dalam rumah. Sehingga ada yang memasang aircond sepanjang hari. Namun, apa kata cuba cara DIY jadikan kipas dingin dengan meletakan ais dalam botol. Selain menjimatkan elektrik, boleh cuba cara ini ketika pulang ke kampung. 

Praktikal untuk dicuba!

 

Bahan asas hanyalah dua botol kosong dan pisau!
Potong bahagian bawah botol, jangan sampai putus, sekadar macam lubang pintu!
Buat lubang pada botol, guna paku yang panas pun mudah!
Guna dawai, ikat botol pada belakang kipas.
Hasil lepas ikat belakang kipas!
Masukkan ketul ais separuh penuh dalam botol.
Kalau ais dah cair boleh keluarkan air.
Buka penutup, keluarkan air. Masukkan ketul ais baru. Sekali masuk ketul ais, tahan lebih kurang 3-4 jam sejuk!

Kredit, FB Persatuan Muafakat Johor via Depakata

IKLAN