DIY Masak Nasi Impit Paling Pantas, Guna Plastik Aiskrim Je, Mudah!

Share

Hujung minggu ini pasti rumah kita bakal dipenuhi dengan tetamu yang ingin bertandang. Apa menu wajib yang bakal disajikan. Menu nasi himpit kuah kacang antara menu yang paling mudah disediakan buat tetamu kita.

Pun begitu, hendak merebus nasi impit bukanlah mengambil masa yang singkat. Paling tidak tempoh merebusnya memakan masa sejam hingga benar-benar masak. Bosan menunggu dan lambat prosesnya, apa kata anda DIY sendiri nasi impit
seperti yang disediakan oleh Cik Azz di blog peribadinya, kakazz.blogspot.com.

Paling penting masa hendak memasaknya lebih pantas berbanding nasi impit biasa. Jimat pulak tu!


Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia

Caranya:


1. Cuci dulu beras, lepas tu toskan dan biarkan beras tu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim ni.Boleh gunakan calung ataupun masukkan beras dalam jug air yang plastik yang ada muncung tu.

Isikan separuh plastik je atau kurang sikit dari separuh. Jangan isi lebih sebab nanti beras tu padat dan keras. Hujung plastik tu aku lipat sekali dan lipat lagi sekali, lepas tu aku stepler.

2. Lipat dua plastik airkrim tadi dan tekan-tekan dengan garfu. Tekan kuat biar sampai tembus ke belakang. Nak cucuk dengan lidi satay pun boleh, janji ada lubang.

3. Beginilah rupanya lepas dicucuk dengan garfu.

4. Masukkan nasi impit ke dalam periuk yang besar. Masukkan juga dua helai daun pandan yang disimpul supaya nasi impit tu wangi.

5. Rebus hingga nasi impit tu masak.

6. Kenapa nak kena rebus nasi impit tu dalam periuk besar.? Tengok la nasi impit tu apabila sudah keras, panjang, kan? Jadi kenalah besar periuknya. Seperti biasa, lalukan nasi impit yang dah masak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan.

7. Beginilah rupanya nasi impit aiskrim yang sudah siap direbus. Senang untuk dipotong, lagi kemas buat macam ni.

Selamat mencuba untuk siapa yang nak mencuba.

Kredit: kakazz.blogspot.com.

IKLAN