Doa Diamalkan Oleh Rasulullah SAW Agar Anak Selamat Dari Bahaya. Ibu Bapa Patut Tahu.

Share

Apabila bergelar ibu bapa, perasaan bimbang akan keselamatan pastinya menjadi igauan dalam diri. Tambahan pula, jika kedua ibu bapa bekerjaya, semuanya diuruskan oleh pengasuh atau orang lain.

Ibu ayah pastinya bimbang soal keselamatan dan inginkan anak dijauhkan sebarang gangguan syaitan, anasir jahat dan sebagainya.

Oleh itu, sudah pastinya kita sentiasa ingin melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.

Bersyukur kita, Rasulullah, Nabi kita menyimpan doa yang amat bermanfaat untuk umatnya. Salah satunya doa untuk keselamatan anak-anak.

Terdapat satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw yang patut diamalkan oleh setiap ibubapa agar anak tersayang selamat daripada sebarang gangguan.

Rasulullah SAW telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

“Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).”

(HR. Al-Bukhari 3371)

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Sumber:kiddiefuntimeent.blogspot.com

IKLAN