“Doakan Saya Masih Diterima Dalam Bidang Ini.” Manis Berhijab, Netizen Doakan Jihan Muse Terus Istiqamah

Share

Sebelum ini pelakon dan pelawak, jihan Muse pernah mengenakan tudung ketika hadir majlis kahtam Al-Quran penyanyi Shila Amzah sehingga menimbulkan spekulasi dia sudah berhijab.

Terbaru, pengacara Gegar vaganza ini sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarga di Jepun.

Rata-rata memuji akan wajahnya yang tampak manis dan ayu bertudung gaya sedemikian.  Jihan atau nama sebenarnya, Nur Jihan Musa, 36, kini sedang bercuti bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq di Jepun, setahun selepas Jihan mengacara program Jejak Jihan Jepun.

Sejak hari pertama percutian, pengacara Gegar Vaganza itu  memuat naik gambar-gambar berhijab dan menerima banyak komen-komen positif.

“Doakan saya masih diterima untuk kerja dalam bidang ni lagi sebab saya memang suka kerja saya,”tulis Jihan tatkala menjawab pelbagai pertanyaan netizen.

Mengulas kenyataan Jihan tersebut, rata-rata peminat mendoakan dia terus istiqamah.

ummi_atrah_ Allah cantik sangat pakai tudung ..semoga allah jaga hati kamu dan iman kamu amin ya allah❤️

khalilasmf Cantik jihan berhijab…moga istiqamah ya jihan..sanah helwah arsalan…moga jd anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat

anisnini_1 Cantiknya jihan bertudung. Moga kekal istiqamah ku mendoakan yg terbaik buatmu ??

nasyikin029 Alhamdulillah..cantiknya @jihanmuse bertudung..semoga lebih terus istiqamah..Bertuah @ungkuharizmemiliki Jihan sebagai isteri..Semoga keluarga dibina kekal hingga ke jannah..Aamin..?

inazarinady manis dan sejuk mata memandang awk jihan… alhamdulillah

mustafaosmanbob Alhamdulilah semuga istiqomah menutup aurat tanda Allah sayang kita n keluarga.

Sumber: IG jihanmuse

IKLAN