Jangan buat main tentang kesihatan diri kerana jika dibiarkan akan memberi kesan kepada jangka masa panjang kepada diri. Oleh itu, salah satu aspek yang perlu kita jaga adalah pemakanan. Ia termasuk cara penyediaan dan pembungkusan makanan.

Menerusi perkongsian ini, doktor ini menjelaskan bahawa penggunaan plastik sebagai bungkusan untuk minuman panas boleh mengakibatkan kesihatan seseorang manusia itu menyusut. Ini dapat dilihat melalui penjelasan menerusi facebook doktor ini.

Doktor Ini Dedah Bahaya Minuman Bungkus Ikat Tepi. Kena Alert.
Gambar kredit kepada wartawan kanada Tony Leighton.

Masa PKP ni saya terpaksa ucapkan selamat tinggal kat teh tarik mamak. Sekali sekala minum juga…Tapi bila delivery kedai mamak guna plastik bungkus, terus takde selera.

Bukan sebab tak sedap dalam plastik tu..tapi sori lah..saya memang takut sangat dapat kanser.

# Dah lah plastik yang guna biasanya ada BPA..
# Air panas cepatkan BPA keluar dari plastik masuk dalam air.
# BPA mudah larut dalam lemak..dalam teh tarik, susu pekat tu tinggi lemak sawitlah. Jadi toksin tu mudah masuk dalam teh tarik tu.
.

Banyak negara dah haramkan BPA guna untuk plastik sesetengah pembungkus makanan… terutamanya botol susu bayi.

IKLAN

Apa bahaya pengganggu hormon seperti BPA dan pthalates dalam plastik ni?

Bahan ni walaupun sikit je..tapi berpotensi kumpul dalam lemak dan organ badan sebabkan toksik.

# Bahan ni ganggu hormon termasuk hormon kewanitaan. Ramai sekarang ada masalah berkait gangguan hormon ni seperti PCOS, endometriosis, senggugut teruk…berapa ramai wanita muda sekarang susah dapat anak.

# Pengganggu hormon ni jugak risiko sebabkan ketumbuhan seperti fibroid, ketulan kat payudara dan kanser kewanittan.

IKLAN

# Ia juga berisiko ganggu metabolik sebabkan darah tinggi, obesiti, kencing manis, sakit jantung, strok dan kerosakan organ seperti buah pinggang.

# Lelaki berisiko buncit, payudara membesar, testis mengecut..air mani kurang dan jadi mandul juga. Yang jadi pondan naluri jadi lembut semacam pun makin ramai.

# Alahan! ekzema, resdung sinus, asma, migrain makin menjadi-jadi
# Penyakit autoimun pun makin biasa kedengaran.

IKLAN

# Bahan toksik pengganggu hormon ni mungkin menyumbang kepada penerukan masalah angin GERD dan gangguan mental juga.

Baik minum dalam cup kertas je…atau buat sendiri.kat rumah. Benda macam ni orang memang tak endah sangat. Tapi bila dah sakit kanser, alergik atau angin teruk..baru menyesal.

Benda begini jika ambil mudah memang bawa padah.

Ubah lah sebelum sakit parah macam barah.

Sumber: Hafiz Sulaiman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI