Donut Simple Tanpa Uli, Bukan Saja Mudah Dibuat Malah Kekal Gebu Sepanjang Hari!

Share

Menikmati enaknya rasa donut ketika minum petang bersama keluarga boleh dijadikan idea istimewa untuk hari ini. Kalau boleh, biarlah donut yang dimasak gebu dan lembut rasanya. Barulah puas hati menjamahnya.

Namun, sekiranya anda pernah membuat donut dan hampa dengan rasanya, elok kiranya mencuba resipi yang satu ini. Bukan sahaja gebu malah cara membuatnya juga lebih mudah dan ringkas bahkan tanpa perlu diuli berkali-kali. Memang terbaik!

Ianya telah dikongsikan oleh Puan Liya Liyana dan kita tengok pun sudah nampak kegebuan kuih donut tersebut. Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur kita sediakan bahan-bahannya.


 

RESEPI DONUT GEBU PALING SIMPLE TANPA ULI

“Harini Yana share resepi donut yg senang giler. 1 adunan ni boleh buat donat dan jugak pau sambal a.k.a burger malaysia tu.Boleh la korang buat petang nanti. First time buat pon konfirm jadi taw. Jom cekidaut.”Liya Liyana

Bahan A
1 peket yis
2 sudu gula kasar
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu margerin
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam ( Yana letak sikit je)

Cara – cara

1. Campur kan kesemua bahan2 A (yis / gula / susu / air suam) . Biarkan sampai kembang. Sementara nk tunggu bahan A kembang tu boleh la buat bahan B.

2. Dalam bekas lain. Satukan semua bahan B (tepung / soda bikarbonat / garam / marjerin). Ramas- ramaskan sampai sebati.

3. Lepas bahan A dah kembang satukan dengan bahan B. Gaul rata dan tutop kan. Nak pakai wrap boleh. Pkai kain pon boleh. Yana pkai kain jer. Senang.

4. Tunggu 1 jam. Nanti adunan tu naik dua kali ganda. Tumbuk2 bagi keluar angin. Lepas tu boleh la terap kan atau buat bentuk.

5. Adunan ni tak payah uli pon tak pe. Kalau rajin boleh je uli. Lagi lembut taw. Lepas tu boleh la goreng dgn api sederhana.

6. Dah siap goreng boleh la salut kan dengan gula atau coklat atau sambal.

IKLAN