“Dua Insan Aku Perlu Dalam Hidup.” Throwback Kongsi Maggi Setiap Hari & Anak Derita Komplikasi Jantung, Idzham Dedikasi Pengorbanan Isteri.

Share

Pengorbanan isteri sanggup susah dan senang bersama membuatkan pelakon drama Juvana ini cukup terharu. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Idzham Ismail mendedikasi penghargaan buat isterinya,  Siti Nur Abillah Binti Shamsuddin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga 28 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya, Nur Sofea Inara.

Menurut idzham, kesudian isterinya bersusah payah sehingga sanggup berhenti seketika dari kerja demi memberi tumpuan kepada anak mereka yang mempunyai masalah jantung sebelum ini cukup diingati sehingga kini.

“Dua insan yang aku sangat perlukan dalam hidup. Susah senang ada dengan aku.

Berbekalkan Maggi Rm2.50 pernah kami kongsi. Benda ni buat aku kuat untuk ada dengan diorang sampai bila-bila.

Diduga dalam bentuk rezeki lepas dapat rasa nikmat bawa inara balik rumah dari operation jantung. Masa tu sendirian uruskan kerjaya. Wife nekad jaga inara sampai betul-betul sihat baru teruskan kerjaya dia.

Throwback kembali saat susah,a kui Idzham setiap hari dia dan siteri terpaksa berkongsi maggi.

“Dulu, bila tengok balik memori kitorang ni aku tak tahu kalau aku jumpa orang lain sanggup ke dia duduk semeja dengan aku makan maggi RM2.50 hari hari sampai aku dapat kerja?.

“Hari ni 2 May 2019 hari inara kena scan detail jantung dia. Doakan inara di jalan terbaik ye semua. 

Korang yang baca ni ada kisah dengan pasangan yang korang ingat sampai mati tak?

“Jum kongsi untuk semua hargai pasangan masing-masing. Yang buruk kita buang dan ubahkan yang baik kita simpan dan jadikan ingatan,” kongsi Idzham di laman instagramnya.

Sumber: IG idzham_ismail

IKLAN