‘Dua Minggu Ni Kita Duduklah Diam-Diam Di Rumah.’ Jangan Buat Main Nasihat Perdana Menteri Kita Ni.

Share

Setelah melihat senario segelintir rakyat Malaysia berpusu balik kampung, lepak di kedai makan bersama teman serta majlis kenduri tetap diadakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin melahirkan rasa kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak mengikuti peraturan Perintah Kawalan Pergerakaan (CMO) melalui perutusan khasnya di salutan RTM jam 8.00 malam sebentar tadi.

Menurut beliau, jika 2 minggu gagal, perintah kawalan pergerakan dilanjutkan.

2 minggu gagal, perintah kawalan pergerakan dilanjutkan.

 

VIDEO

Dalam pada itu, beliau menasihati cuti dua minggu ni seharunya masyarakat duduk dirumah bukannya ‘lepak bersama teman. Malah beliau juga menasihat agar majlis kenduri kahwin ditangguhkan dulu.

Antara kata petikan beliau dalam perutusan sebentar tadi.

“2 minggu ni kita duduklah diam-diam lah kat rumah. Nampak mudah tapi remah tapi mesti dibuat untuk bendung masalah ini.

“Saya tak mungkin dapat lakukan ini bersendirian tanpa sokonga anda untuk bendung dari menular di negara kita.

“Harap kita semua faham masalah besar yang kita alami.”

“Ini adalah antara yang dianggap kecil tetapi penting kita lakukan bersama.”

”Saya berdoa kita berjaya krisis  ini.”

Semoga kita semua sepakat bersama-sama displin dengan arahan ini. Fikirkan kesan kepada golongan yang berkerja sebagai nurse dan para doktor khasnya. Penat lelah mereka makin bertambah jika jangkitan makin meningkat. Mereka juga ada keluarga tersayang.

Sumber : RTM dan Astro Awani

IKLAN