Peminat sebelum ini tertanya-tanya akanhubungan penyanyi Ernie Zakri dan pasangan duetnya, Syamel sama ada mereka bercinta atau tidak. namun hari ini segala persoalan ternoktah bila mana mereka selamat mengikat tali pertunangan.
Berita pertunangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Syamel menerusi muat naik di Instagram memaparkan beberapa foto sekitar majlis pertunangan bersama Ernie.
Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu bersyukur majlis berlangsung seperti dirancang.
Ads
“Alhamdulillah, saya gembira impian mahu menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya dimakbulkan. Saya gementar juga apabila mengenangkan alam pertunangan ini banyak dugaan seperti yang sering diperkatakan. Saya akui perkara inilah yang amat ditakuti.
“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Mengulas tarikh diijabkabulkan, penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati dan Kau Pun Sama itu memberitahu, ia belum dibincangkan lagi.
Ads
“Untuk majlis pertunangan hari ini, tiada sebarang perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan. Ia akan dilakukan kemudian. Bagaimanapun, saya tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya.
Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.
Ads
Perkenalan pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star tiga tahun.
Walaupun kelihatan mesra dan sering digosip bercinta, namun Syamel dan Ernie menyimpan kemas kisah cinta yang sekian lama terjalin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya ramai mengemari buah harumanis. Biarpun harganya agak mahal, namun peminat buah ini tetap membeli untuk menikmati kemanisannya.
Untuk elak buah ini rosak, ada caranya nak simpan. Sebagaimana perkongsian lelaki ini.
Harumanis ni buah dia special sikit, kalau tak cukup masak rasa dia masam. Tapi kalau masak elok, Allahu syahdu kemain bau dan rasa dia.
Okeh nak tips dia nak simpan dan nak tahu buah dah masak ke belum.
Bila dah terima buah tu, kotak yang berisi buah tu jangan letak atas lantai simen yer. Lapik dulu dengan kain, atau letak atas meja ke atau tempat lain, jangan atas simen. Biar jer buah dalam tu jangan ubah kecuali bila dah ada buah yang masak maka boleh keluarkan.
Pastu, buah yang belum masak jangan kau masukkan dalam fridge, nanti dia terus tak masak
So, kalau nak tau masak ke tak masak, memang kau kena cium dia dulu. Kalau masih takde bau harum tu maknanya belum masak.
Kalau bau belum kuat tu maknanya belum masak elok lagi. Tunggu sampai bila kau pegang jer pun dah bau harum semerbak. Sesetengah tu kulit masih hijau gelap tetapi bau dah cukup harum menusuk kalbu. Itu dah masak elok dah tu, jangan tunggu sampai kulit kaler kuning.
Haaa, itu jam memang lazat tak terkata. Isi dia pun ada yang jenis kuning sedikit dan ada yang kaler oren kaw-kaw.
Kau tengoklah gambar tu. Ranum dan lazat tu. Anak bongsu aku cukup suka ni. Sebiji tu sekejap jer dia habiskan.
Sumber: Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui bahawa usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama kedua-dua anaknya Cik B dan Kacak kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Terbaru Vida menerusi hantaran di Instagram miliknya, dilihat berkongsi momen bersama anak-anaknya. Namun apa yang menarik perhatian adalah cara anak lelakinya melindunginya apabila berjalan didalam persekitaran ramai orang.
Video yang dikongsi telah meraih perhatian ramai wargamaya. Ada yang memuji sikap Kacak yang dilihat sebagai seorang anak lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarganya.
Kacak Pandai Jaga Mama
Sumber: Instagram Datoserivida
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru tiga hari umat Islam menyambut ramadan, keluarga ini menerima khabar duka bila mana anak yang hilang sejak 42 hari yang lalu ditemui meninggal dunia.
Tanda tanya kehilangan Ahmad Farid Ahmad Alaudin, 19 akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, jam 12 tengahari semalam.
Menurut kakak arwah, Nur Syafiqa Alaudin, kali terakhir dia melihat arwah adalah pada 13 Mac yang lalu.
“Tiada kelakuan ganjil dari arwah tetapi kebelakangan ini, dia solat agak lama berbeza seperti lazimnya. Arwah juga ada meminta dibelikan baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu sudah disempurnakan serta arwah sempat menggunakan sekali baju berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi kakak arwah, Ain Alaudin turut memuat naik menerusi facebook mengenai kisah kehilangan adiknya yang akhirnya ditemui dalam keadaan yang sayu.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya..
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. .