Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usianya yang masih muda dia sudah diuji dengan dugaan yang cukup hebat. Akibat serangan penyakit misteri, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11 tahun yang sebelum ini merupakan johan tilawah al-Quran peringkat Negeri Kedah kini tidak mampu untuk membaca kitab suci tersebut.
Menurut ibunya, Azwar hanya mampu memegang dan meriba sambil membuka helaian kitab suci tersebut sambil menangis berikutan keadaannya yang semakin lemah dan penglihatannya kian kabur.
Bukan itu sahaja, Che Anisah, 42 memberitahu anaknya kerap muntah setelah dibacakan ayat Ruqyah sebagai salah satu usaha merawat penyakit misteri yang ditimpa sejak pulang dari Majlis Tadarus al-Quran Sekolah Peringkat Kebangsaan di Johor, 29 Julai lalu.
Che Anisah yang tinggal di Madrasah Ar Rahmaniah, Seberang Pekan Sik, dan bekerja sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Manakala suaminya pula hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan yang tidak menentu.
Tambah Che Anisah lagi, Azwar kini tidak lagi mampu ke sekolah berikutan keadaannya yang lemah.
Ads
“Azwar hanya mampu berdiri pada rakaat pertama ketika solat, rakaat seterusnya dia akan duduk dan dia juga menghadapi masalah untuk sujud kerana sakit belakang, namun dia tetap tidak tinggalkan solat.
“Minggu lalu saya membawanya ke hospital swasta di Sungai Petani bagi membuat pemeriksaan, tetapi doktor mengesahkan dia sihat.
“Saya juga membawa Azwar menjalani rawatan Islam dan setiap kali ayat al-Quran dibacakan, dia akan muntah dan berasa lega untuk seketika,” katanya.
Ads
Kekangan kewangan menyebabkan keluarga Azwar sukar untuk membawanya mendapatkan rawatan yang dicadangkan.
“Saya juga berharap pengamal perubatan di luar sana dapat membantu Azwar agar dia kembali sihat seperti sedia kala untuk terus mempelajari al-Quran dan bercita-cita untuk menjadi johan di peringkat kebangsaan pada tahun depan,” katanya.
Jika anda ingin menyalurkan bantuan untuk meringankan beban Azwar dan keluarganya, boleh hubungi bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi nombor di bawah:
Ads
Nombor telefon: 017 551 7084
Akaun Maybank Che Anisah: 1520 4039 2473
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik makan lauk kuah santan, sup ayam atau masak sambal, apa kata buat masakan ala Thai. Barulah selera bertambah.
Tambahan pula sekarang ni tak digalakkan kerap keluar rumah. Jadi buat aje resipi lain dari lain supaya keluarga tak jemu.
Apa kata cuba resepi chicken mango ni. Rasa manis, masin, masam, dan rangup bila dikunyah memang sekejap je habis dijamah keluarga. Nak ratah pun boleh!
Ikuti perkongsian resipi ni.
RESEPI CHICKEN MANGO PALING SIMPLE & SEDAP
I) UNTUK AYAM BAHAN-BAHAN
Isi ayam (bahagian peha / dada)
Tepung goreng ayam segera( saya guna brand NONA)
Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA
Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
Sakutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna.
Goreng hingga kekuningan(deep fry)
II) UNTUK SOS & DRESSING
BAHAN-BAHAN
Mangga muda
Carrot
Daun ketumbar
Sedikit bawang besar
CARA-CARA
Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.
III) UNTUK SOS
BAHAN-BAHAN
Plum sos
Sos tomato
Sos Thai
Gula
Cili api potong
Perahan jus limau nipis
Sedikit bijan (jika suka)
CARA-CARA
Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
Potong ayam dan gaul dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.
Berkorban apa saja, demi orang tersayang. Tatkala orang lain berlumba-lumba mengejar impian dan ingin mencapai cita-cita, pemuda ini mengambil pendekatan berbeza. Dia sanggup melupakan hasrat bergelar doktor demi kasih kepada bapanya yang menghidap angin ahmar sejak lima tahun lalu.
Itu pengorbanan Faiq Syukri Saparudin, 28, yang nekad tidak berkhidmat dalam bidang perubatan walaupun memiliki Ijazah Perubatan dari Royal College of Surgeons, di Dublin, Ireland selepas berhempas pulas enam tahun melengkapkan pengajian.
Menceritakan kisah hidupnya yang kini memilih kerjaya perunding kewangan berkata, dia menjaga bapanya Saparudin Arifin, 61, selepas tidak sanggup melihat kesusahan ditanggung ibu, Suraya Adam, 53, dan adik beradik ketika dia menyambung pengajian.
“Sebaik tamat pengajian pada November 2017, saya menerima tawaran berkhidmat di Hospital Batu Pahat Ogos tahun lalu, namun meminta penangguhan enam bulan kerana mahu menjaga ayah sebelum ditawarkan semula berkhidmat di hospital sama Februari ini.
“Saya akhirnya membuat keputusan tidak berkhidmat sebagai doktor dan ini lah masa saya membalas jasa mereka,” katanya.
Menurutnya, walaupun keputusan itu dipandang sinis oleh orang sekeliling, dia bersyukur kerana keluarga menerima dan sentiasa memberi sokongan.
Beliau yang menetap di Johor Bahru berkata, dia terkesan apabila ibu yang tidak bekerja perlu mencari wang bagi menampung rawatan bapa.
“Ibu buat pelbagai kerja seperti menjadi ejen produk kesihatan demi menampung perbelanjaan,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.
Beliau berkata, bapanya yang juga bekas pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pencen lebih awal kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Katanya, kerjaya sebagai perunding kewangan kini membolehkan dia membahagikan masa bekerja sambil menjaga bapanya, selain menanggung persekolahan adiknya.
“Tiada istilah kesal dalam hidup saya kerana keluarga tiada galang gantinya. Pekerjaan boleh dicari asalkan kita rajin berusaha.
“Pada masa akan datang mungkin saya membuka klinik sendiri walaupun tidak dapat menjadi doktor, tapi berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
1.Satukan air suam dan gula,kacau hingga gula larut.
2.Masukkan yis dan kacau2 sekejap, biarkan 15 minit@ hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati…siap.
Bahan2 lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (Kalau tak ada Shortening boleh letak 3 sd makan marjerin,cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yg ada.
**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super
1.Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan2 lain dlm bekas besar.Tuangkan perapan yis yg dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok x perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung.Doh mesti lembut melekit2 sedikit.
2.Terus uli dgn cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yg melekit bertukar menjadi licin.Boleh juga masukkan doh kedalam plastik bersih dan ramas2 sekali sekala picit2 hingga doh menjadi licin dan x melekit2.
3.Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin,elastik dan terasa lembut ringan.Doh dah tak melekat2 pd tangan.
4.Tutup bekas doh dgn tudungnya@kain lembap @ plastik.Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 x ganda
5.Apabila doh dah cantik kembang,tekan2 @tumbuk perlahan utk buang angin dan bentukkan dgn bentuk disukai.Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pd tgn supaya doh x melekat2 pd tangan.
6.Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit,bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pd dasar apabila hendak digoreng.Jgn sampai doh terover kembang tau,nanti donat mengecut lembik dan serap byk minyak bila digoreng.
7.Panaskan minyak dan goreng donat dgn api sederhana perlahan,balikkan sekali@2 kali sahaja hingga masak kedua2 bahagian utk dapatkan ring putih pd tepi donat .Jgn kerap balik2kan donat nanti hilang ring Putin tu. Api pulak jgn kuat sgt nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dlm x masak sepenuhnya.Ingat tu.Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dgn tisu dapur.Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dgn gula@susu tepung+gula@coklat.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor
*Satukan kedua2 gula dan kacau rata, Letak donat dlm bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan2 hingga gula tersalut cantik
COKLAT SALUT DONAT:
100 gm coklat compaun Beryls,lebih kurang sebesar tapak tgn kanak2 10 tahun pun ok,cukup dah tu.
2 sudu makan butter@marjerin
3 sudu makan susu cair@susu segar1
1.Guna kaedah doible boil tau,jgn direct masak atas api dapur.Pastikan jgn tercampur sedikit pun air dlm coklat,nanti x cantik…x licin hasil coklat cair tu.
3.Kacau sebati,siap.Biarkan sekejap@boleh ja terus salutkan pd donat.
**Resepi yg sama juga boleh digunakan utk buat Burger Malaysia, Bentukkan bulat2 leper sedikit kemudian goreng. Belah jgn putus kemudian isikan dgn Sambal Bilis dimasak kering sedikit,letak salad dan kepingan timun segar. Dapnyeee 😋😋😋
*Air sejuk dari peti ais 255ml-260ml…ikut tahap serapan tepung. Waktu bm tgh uli saya tekan2 dgn hujung jari dan tambah sedikit air jika doh rasa terlalu keras. Kalau doh keras komfem donat akan jd keras, tak lembut gebu. Doh yg cantik mesti rasa ringan, lembut tp x melekit2 dan sejuk je.
*Kalau guna bm masukkan bahan basah dahulu diikuti bahan kering. Step rounding dan perap semua sama. Moga bermanfaat ye… Assalamualaikum semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...