“Dulu Pegang Mikrofon, Kini Pegang Sudip. Dulu Wangi Kini Bau Ayam.” Buang Rasa Malu, Amelina Kini Jual Nasi Ayam & Nasi Minyak!

Share

Pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup. Kalau dulu hidup bermewah-mewah, namun kini terpaksa melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi.

Kalau dulu, segalanya di depan mata, namun kini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya.

Kalau dulu hidup penuh glamor, anak seni yang mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia ini terpaksa berniaga demi kelangsungan hidup.  Bermula 29 Jun yang lalu, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin memberanikan diri memasak dan menjual nasi minyak dan nasi ayam berkenaan bagi menambah pendapatan keluarga.

ibu tunggal kepada enam cahaya mata  dalam pada itu tidak menyangka percaturannya untuk  berniaga makanan tersebut menampakkan hasil. Amelina mula aktif mengiklankan cabang rezeki baharunya menerusi Instagram, nasi minyak versinya terdiri daripada lauk ayam masak merah, salad dan pecal timun.

“Dulu setakat  masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza.

“Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut. Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha.

“Malah mujur peminat saya membantu. Merekalah beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order’. Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.

“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” katanya.

Akui Amelina lagi, tidak pernah terlintas dalam fikirannya suatu hari dia akan berniaga makanan hasil air tangan sendiri.

“Satu perkara yang saya tak pernah fikir adalah nak berniaga daripada ‘air tangan’ sendiri. Dahulu memang tiada keyakinan sebab selalu pegang mikrofon sahaja takut kalau pegang sudip tak sedap. Tapi, Alhamdulillah kata pelanggan yang rasa sedap nasi minyak, sesedap suara saya,” ujarnya lagi.

Paling mengharukannya apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi tetap berkeras nak membeli dan menyokong.

“Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.

 

“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja  barisan hadapan,” katanya.

Amelina berkata, buat masa ini dia hanya menetapkan Selasa untuk tempahan nasi ayam, manakala Khamis dan Jumaat pula nasi minyak.

“Setakat ini jadilah buka tempahan dua hari dalam seminggu. Itupun, rezeki saya sampat tak menang tangan.

“Saya pun berserah dalam hal berniaga. Allah sudah tetapkan rezeki masing masing.

“Apa yang lebih utama biarpun pek pembungkusan kedua jenis nasi ini biasa, apa yang lebih utama adalah rasa. Biar berbaloi beli.

“Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini. Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.

Menamakan jenis menu makanannya daripada judul lagu dangdut pernah dipopularkannya, Amelina mendedahkan yang dia memasak pada mulanya atas dasar mencuba nasib.

“Macam resipi nasi minyak  pun saya belajar daripada mak. Setiap tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh. 

“Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi.  Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.

“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.

Amelina kini berjauhan dengan empat anaknya yang bersekolah dan tinggal bersama ibunya di Nilai, Negeri Sembilan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan. Hanya dua anak  tinggal bersamanya saat ini.

Sumber: amelinaamirsharipuddin


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.

 

IKLAN