“Dunia Ni Kan Bahaya.” Video Perbualan Erma Fatima Dengan Anak Buat Netizen Kagum

Share

Hati ibu mana yang tidak bangga jika anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh apabila meningkat dewasa menjadi seorang anak solehah. Malah dengan pembelajaran di sekolah dan didikan keluarga mampu membuatkan anak menjadi seorang yang berfikiran kritis.

Sebagaimana perbualan Nurain, anak Erma Fatima yang berbual mengenai duniawi akhir zaman, cetus rasa kekaguman netizen. Mana mungkin, remaja seusianya berfikiran jauh begitu. Hanya asuhan dan persekitaran Islamik boleh menjurus anak memberi buah fikiran sebegitu.

Jom lihat perbualan Erma dan anaknya. Walaupun biasa-biasa aje, tetapi cukup deep untuk menjelaskan bahawa anak remaja Erma ini jelas dalam kehidupannya sebagai seorang muslim. Semoga menjadi anak yang solehah ye!

Pengarah dan pelakon Erma Fatima mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 26, Ahmar Arir, 24, Ahmad Aifin, 22, Citra, 17, dan Nurain, 13.

Para peminat yang melihat video ini, melahirkan rasa kagum sikap anak Erma bertabiah. Deep sungguh!

Moga menjadi anak solehah

Penyejuk hati

Sumber: Instagram ermafatima

IKLAN