Ekstra Tip Nak Bagi Lebih Sedap Aglio Olio. Pasti Makan Bertambah!

Share

Pastinya setiap antara kita ada cara dan tip tersendiri dalam menyajikan menu untuk keluarga tercinta. Umpamanya dalam bab menyediakan spagetti aglio alio ini.

Ini antara tip yang dapat membantu menjadikan hidangan spagetti lebih enak dan menyelerakan.  Jom semak!

TIP MEMASAK SPAGETTI AGLIO OLIO

1. Panaskan air sehingga mendidih di dalam periuk baru masukkan spagetti.

2. Ketika merebus masukkan garam dan minyak.

3. Set alarm untuk elak terlebih lama dimasak.

4. Ketika menumis udang dan sotong biasanya akan keluar air,  jika terlalu banyak keluarkan air tersebut dan letakkan di dalam bekas untuk digunakan nanti jika perlu.

5. Satukan bahan-bahan kering di dalam satu bekas untuk lebih mudah dituangkan sekali gus.

6. Semasa menghidang nak nampak lebih sedap,  hias dengan daun pasley dan tomato ceri.

Dan untuk ibu-ibu yang sudah tidak sabar untuk mencuba menyediakan menu spagetti untuk hidangan petang,  jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nurha yang suatu ketika dahulu pernah berniaga menu ini.


Jika ditanya apakah makanan kegemaran saya haruslah jawapannya adalah spagetti. Lebih tepat lagi adalah spagetti seafood aglio olio. Kenapa? Sebab senang dimasak enak dimakan. Eh, bukan favourite saya sorang, tapi favourite si kakak & ayahnya juga.

Ada yang sama macam saya ke suka spagetti aglio olio? Meh saya share resepi aglio cara saya.

Resepi ni juga saya buat jual dulu. Ambil order dari kawan2 opis. Tiada lagi rahsia.Now everyone can fly. Opss silap, now everyone can cook spaggeti aglio.

Bahan2:


1 paket spagetti ( saya guna jenama san remo)
1kg seafood (udang & sotong)
1/2 cawan minyak zaitun
1 labu bawang putih dicincang halus
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsely flakes
3 sudu besar chili flakes (kurangkan jika xsuka pedas)
1 sudu teh blackpeper
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam knorr
Tomato ceri

Cara:
1. Rebus air hingga mendidih. Masukkan 1/2 sudu besar garam halus & sedikit minyak masak. Bila air mendidih baru masukkan spaggeti . Masa memasak ikut arahan pada plastik spaggeti ye. Kalau san remo 12minit. Jangan tutup spaggeti ketika merebus utk elak banjir dapur anda.

2. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun & tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong, udang & kiub ayam. Kacau hingga masak.

3. Masukkan parsley, oregano, cili flakes,garam dan blackpepper . Kacau rata kemudian masukkan spaggeti dan kacau hingga sebati. Siap.

 

4. Hiaskan dengan daun parsley (jika ada) & tomato ceri.

Selamat mencuba.

sumber : Nurha Muhammad

IKLAN