Elak Anak Minum Air Terendam Semut, Ibu-Ibu Kena Tahu Cara Elakkannya!

Share

Memang jadi masalah kalau semut mula buat sarang di rumah kita.

Semut yang bersarang di rumah kita adakalanya buat kita rasa rimas. Mana tidaknya pantang sahaja makanan ditinggalkan tanpa bertutup, mulalah semut datang bertandang.

Lagi bimbang jika semut memasuki bekas air di rumah kita. Tak mahu anak dan keluarga alami masalah pelupa gara-gara minum air bersemut.

Makanan manis terutamanya paling berisiko. Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang
ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan di blog fydahnoh.com ini. Sebenarnya ada banyak petua bagi menghalau semua ini secara semulajadi. Jom cuba.

Tabur Serbuk Kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk.
Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.

Daun Sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Kulit Telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.

Kulit Timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.

Air Serai Wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.

 

Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.

Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut
tidak boleh panjat meja. Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan

Asam Gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak
akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.

Cili Kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas. Letakkan sedikit bunga cengkih bersama.

Bawang Merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.

 

Selamat mencuba!

IKLAN