Sebagai wanita yang telah berkahwin, kita sering meletakkan dan berharap suami dapat membahagiakan kita hingga ke hujung nyawa. Umumnya, kita mahu suami adalah insan terbaik untuk kita, namun jika ada kekurangannya sering juga menyebabkan rasa kecewa dan lebih teruk menjadi punca kemarahan dan sekali gus menghilangkan kemanisan dan kebahagiaan berumah tangga.
Untuk itu, apa yang harus kita lakukan sebagai isteri agar bahagia yang kita impikan dapat dirasai hingga hujung nyawa bersama pasangan. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummu Izz yang diharapkan dapat membantu ramai isteri untuk menjadi terbaik dan sekali gus memiliki suami terbaik.
Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.
Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.
Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik.
Dimana salahnya saya?
Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan “aku betul, kau salah”.
Jika “siapa betul siapa salah” jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.
Itulah akhlak yang mulia.
Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?
Ads
Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi “asbab hidayah” untuk orang sekeliling berubah.
Membebel, memarahi secara menengking, mengherdik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri.
Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw.
Akhlak must comes first.
Jika tiada akhlak, bahkan membebel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.
Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel.
Ads
Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik.
Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya “pejam mata” akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.
Hebatnya Allah Ta’ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.
Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.
Beliau jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah…
Ads
Benarlah Allah kata, “jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih” (QS,14:7)
Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, “jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita”
Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik ayah beliau mengenal Allah, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah, akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LGBT, mat rempit, drug addicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama.
Yang mana mereka bukan telah confirm neraka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.
Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi saw dan para sahabat radhiaLlahu ‘anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah ta’ala…
Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri.
Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.
sumber : Ummu Izz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saya memang suka tanak labu bawang putih yang sudah dibersihkan dalam nasi yang hampir-hampir selesai proses memasaknya. Saya suka rasa lemak berubi bawang putih yang sudah empuk. Apa lagi jika dinikmati bersama nasi berperisa seperti nasi ayam (👇🏻), nasi beriani, nasi daging, dan sebagainya.
Tahukah anda, bawang putih yang diambil mentah dan dimasak mempunyai khasiat yang berlainan? YA. Kepada yang terlepas perkongsian saya sebelum ini, jom baca
Bawang putih
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae. Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil bertujuan jelas dan dengah cara yang betul. Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel.
Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, allicin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasa bawang putih ini.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosynthesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang putih dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih juga penting.
Masak bawang putih
Apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
👉🏻 Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel bawang putih tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
👉🏻 Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, bawang putih juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasa kepada bawang putih. Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika bawang putih dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7). Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif. Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika bawang putih dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaan bawang putih yang saya lakukan sendiri untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA. Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, bawang putih mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau.
Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu.
Bawang putih mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan.
Terdapat kajian yang menunjukkan bawang putih mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat.
INGAT, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim Ahli Kimia
Nota: Bahan kimia aktif allicin bersifat larut minyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan gadis kecil molek Nur Nabila Mohd Razli atau mesra disapa Bella, merupakan penyanyi yang cukup popular dengan lagunya seperti Katakan Saja, Cemburu, Permata Hati, Peluang Kedua dan banyak lagi.
Rezekinya di dalam bidang seni tidak hanya pada bakat nyanyiannya, malah kehadirannya di dalam dunia lakonan kian di terima ramai dan semakin menyegat.
Apatah lagi baru-baru ini Bella diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di dalam sebuah drama Kerana Cinta Itu Ada sebagai Nabila Aulia yang digandingkan bersama Aedy Ashraf sebagai Aisy Mateen.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Bella ada berkongsi satu rakaman video di sebalik tabir ketika di set pengambaran drama tersebut.
Tulis Bella di caption video berkenaan bahawa Aisy teringin untuk makan Ikan Keli Masak Lomak Cili Api.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dapat dilihat juga melalui rakaman video tersebut memaparkan Bella nampak begitu cuak untuk menyiang ikan keli yang masih hidup dan diakui olehnya bukan mudah hingga menyebabkan Bella bertanya tip kepada peminatnya.
Menjengah di ruangan komen, di lihat peminat dan warganet memberi respon kepada hantaran video tersebut dengan berkongsi pelbagai tip.
Antaranya ada yang menyarankan agar ditaburkan dengan garam. Tidak kurang juga menyarankan sebaiknya beli sahaja yang telah disiang, itu lebih mudah.
“Tak berani la siang ikan keli..huhu.. biase kalo nak matikan letak garam.. sekarang beli dah siap siang senang keje,” tulis salah seorang warganet.
“Kalau orang kampung buat ikan masuk dalam besen, letak garam kasar pastu tutup biar dalam 20 minit haaa matilah dia,” tulis yang lain kongsi petua.
“Paling senang masukkan dalam freezer, tunggu hingga dia mati pastu baru siang,” respon yang lain pula.
Pun begitu, tidak kurang juga menyakat Bella dengan usikan yang melucukan bila melihat reaksi Bella di dalam video tersebut yang seakan mengusap-usap ikan keli tersebut.
Rata-rata warga maya memuji penampilan tersebut dan mendoakan semoga Fazeera istiqamah dalam menutup aurat.
Sekadar info, Fizo bernika dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Ramai yang impikan rumah besar, luas, dan mewah. Tapi tahukah anda, semakin besar rumah, semakin tinggi kos penjagaannya? Bukan sekadar bayar bil utiliti, tapi...