Sekarang ni pelbagai fesyen dan trend dalam pemakaian jubah atau abaya yang dijual di pasaran. Belum lagi warnanya, pelbagai jenis dijual untuk digayakan oleh si pemakainya mengikut kesesuaian diri.

Namun, dalam bergaya sebegini, wanita perlu mengambil perhatian dalam soal pemilihan pakaian yang sesuai lebih-lebih lagi ketika menunaikan ibadah umrah terutama apabila ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pilih pakaian yang bukan sahaja menutup aurat tetapi selesa dan memudahkan pergerakan.

Melalui perkongsian pengguna Facebook, Masnira Ramli yang tinggal kini tinggal di Makkah, beliau ada menyentuh tentang pakaian muslimah ketika menunaikan umrah.

Menurut Masnira, tiada masalah untuk muslimah memakai jubah berwarna selain dari warna hitam. Jelas beliau lagi, sejak visa pelancong diperkenalkan, etika berpakaian semakin longgar untuk jemaah dan pelancong.

“Dari segi undang-undang, tidak salah memakai jubah berwarna atau pakaian lain selainnya asalkan ia sopan. cuma menyentuh sudut budaya, amatlah tidak sesuai memakai jubah yang berwarna terang dan rekaan yang sarat sehingga membuatkan banyak mata memandang atau tertarik, terutama apabila menunaikan umrah,” katanya.

Elak Pakai Abaya Warna Terang, Sarat Perhiasan Ketika Umrah, Wanita Ini Jelaskan Sebabnya

IKLAN

Masnira juga ada berkongsi sebab mengapa muslimah perlu mengelakkan daripada memakai abaya atau jubah berwarna terang:

1. Solat di dalam masjid dengan abaya atau jubah yang berwarna terang, rekaan fesyen yang terlalu cantik boleh membuatkan jemaah lain terganggu ibadahnya, apatah lagi orang berlainan jantina. Menarik banyak mata untuk memandang.

2. Kita ulang kaji bab adab-adab wanita untuk ke masjid.
– Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan.
– Tidak bersolek dan memakai bau-bauan.
– Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami atau kawan-kawan.

IKLAN

3. Jika anda pergi ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lebih baik memilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tidak berwarna terang, rekaan abaya atau jubah yang ringkas dan tidak sarat serta kurang hiasannya.

“Saya teringat ada suatu masa saya sedang solat tarawih di masjid berdekatan rumah. Ada seorang wanita menegur saya dengan baik sambil menunjukkan sulaman corak di pergelangan abaya yang saya pakai.

“Katanya abaya itu tidak sesuai dipakai untuk ke masjid. Lebih baik pakai yang kurang atau tiada langsung hiasannya. Sejak itu baru saya perasan wanita tempatan memakai abaya kosong sahaja untuk ke masjid hatta ketika solat hari raya. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga,” jelas Masnira.

IKLAN

Kesimpulannya bersederhana itu lebih baik termasuklah dalam soal berpakaian. Pilihlah warna pakaian yang tidak mengundang dan menarik perhatian untuk dipandang. Tujuan kita ke Tanah Suci untuk beribadah bukannya untuk berhias-hias berlebihan.

Sumber: Masnira Ramli

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI