Elak Penyakit Batu Karang Pada Si Bulus, Kena Galakkan Minum Air Selalu.  Ini Cara Yang Boleh Anda Lakukan!

Share

Kita memang suka dengan haiwan yang satu ini, seronok bila dapat belai bulunya yang lembut ditambah pula dengan sikap si bulus gemar memanjakan diri. Namun, ada kalanya sukar untuk seseorang itu menguruskan kucing terutama sekali apabila sibuk bekerja.

Sehinggakan terlepas pandang perkara penting yang melibatkan kesihatan si bulus. Sebagai contoh, air bekas minuman yang tidak bertukar atau dicuci sehingga kotor berkeladak termasuklah dipenuhi dengan bulu dan juga habuk sekeliling.

Seperti mana manusia, air juga benda asas yang penting buat si bulus. Mendapat air yang mencukupi membantu tahap kesihatan kucing. Justeru, kualiti dan tahap kualiti air yang diminum oleh si comel patut dititikberatkan.

Pernah tak anda dengar tentang masalah batu karang atau masalah buah pinggang pada si bulus disebabkan oleh pengambilan makanan mengandungi garam yang tinggi atau makanan mengandungi pewarna. Selain itu, ada juga kucing yang jenis tidak gemar minum air dalam kuantiti yang banyak mengundang masalah ini.

Buat anda pemilik kucing, usah risau. Jom cuba beberapa tip yang dikongsikan ini. Moga bermanfaat buat si bulus anda!

Perbanyakkan Bekas Minuman

Letakkan lebih banyak bekas minuman di setiap sudut kediaman anda. Selain itu pelbagaikan bentuk, jenis dan warna bekas minuman yang boleh menarik perhatian si bulus. Letakkan satu sudut bekas yang besar dan satu sudut yang lain dengan bekas yang tinggi atau rendah atau boleh juga letak jenis yang berbeza seperti stainless steel, ceramik dan plastik. Ini akan mengundang minat si bulus untuk minum lebih kerap.

Tambahkan Air Pada Makanan

Selain itu menyediakan wet food untuk diberi pada kucing untuk mendapat air yang lebih, anda juga juga boleh menambahkan air pada dry food mereka.  Cuma kena pastikan yang kucing menggemari makanan tersebut. Ini cara untuk elak dari kucing berhenti makan. Anda boleh cuba Catit Chicken Dinner yang terdiri daripada 6 jenis variasi berbeza, antaranya Duck & Potato, Salmon & Carrot, Beef & Pumpkin, Tuna & Kale, Liver & Sweet Potato, And Tilapia & Green Beans.

Manakala Catit Fish Dinner pula adalah hidangan petang yang membantu mengisi tenaga mereka semalaman. Terdapat enam jenis variasi ikan lazat untuk menambahkan berat kucing anda. Antaranya perasa Tuna & Carrot, Salmon & Green Beans, Tilapia & Potato, Whitefish & Pumpkin, Shrimp & Green Beans, Crab Flavor & Pumpkin.

 

Selain itu,ada juga Catit Creamy sejenis snek berkhasiat untuk diet kucing anda yang boleh didapati dalam 4 jenis perasa iaitu Ayam & Hati, Salmon, Makanan Laut dan Tuna.

Drinking Fountain

Selain kaedah di atas, anda juga boleh menarik perhatian  si comel minum lebih banyak air dengan menyediakan bekas drinking fountain. Kebanyakan kucing kurang berminat pada air yang bertakung di dalam bekas sebaliknya mereka memilih untuk minum air yang mengalir. Jadi penggunaan drinking fountain amat membantu.

Flower Fountain by Catit  ini menggunakan konsep air mengalir yang menarik minat kucing untuk lebih kerap minum air. Ini menjadikan air kencing kurang pekat fungsi buah pinggang yang betul serta membantu mencegah pembentukan kristal yang boleh menyebabkan penyakit saluran kencing.

Catit juga menampilkan 3 tetapan yang berbeza; aliran air yang lembut, bahagian atas menggelegak dan aliran air yang tenang.  Justeru, bekas ini sesuai buat si bulus yang cerewet atau memilih.

Kecanggihan pada rekaan dan fungsi bekas minuman ini membuatkan ia antara produk terlaris pilihan semua pemilik kucing.  Tetingkap paras air direka berserta lampu LED bagi memberikan pencahayaan pada waktu malam.  Kedudukan air yang mengalir pada bahagian atas Petal Top akan memudahkan si bulus menikmati air walaupun bekas ini tidak diaktifkan.

Tidak seperti bekas air lain, penggunaan Flower Fountain ini dapat menjimatkan masa dengan sekadar menukarkan penapis air untuk suatu tempoh yang tertentu. Tiada cucian kerap yang diperlukan. Selain daripada itu, ia menggunakan penapis Triple Action BPA bagi memastikan aliran air sentiasa bersih dan kedinginan air dapat dikekalkan.

Malah, bekas minum seperti Flower Fountain ini dapat membantu di mana setiap molekul air yang keluar dari sisipan bunga adalah air bersih yang disediakan untuk diminum oleh kucing anda. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my

 

 

 

 

 

IKLAN