
Siapa yang tak kenal dengan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang merupakan pengacara yang komited dan professional apabila mengacara sesebuah rancangan. Beliau yang telah mendirikan rumahtangga dengan Nurul Anati Ismail pada Mei 2011 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahamd Wildan Arjuna dan Indah Rauvda Inaara.
Baru-baru ini pasangan ini telah mengadakan majlis akikah bagi meraikan kelahiran anak keempatnya, Ahmad Firaas Mevlana yang gebap sebulan pada hari berkenaan. Katanya majlis aqiqah dilakukan tanpa mengadakan sebarang marhaban dan berendoi. Majlis semata untuk meraikan tetamu sempena kelahiran anaknya. Cukup sederhana caranya!
Aqiqah memang tak buat apa-apa aturcara ( marhaban, berendoi semua tak ada ) sebab betul-betul nak meraikan tetamu & makan saja Tapi, sejak masuk dewan sampai ke hujung acara, 3 jam duduk atas ‘pelaminan’ bergambar . Jadi macam resepsi pulak. Hehe… sampai Juna cakap: Daddy, Juna tak nak kawin dah. Maaf tetamu yang datang, tak sempat nak berbual mesra… ( nak makan pun tak sempat ) janji tetamu semua sempat merasa juadah disediakan…
Koleksi gambar majlis
Jagung Cheese Viral Lemak Manis, Makan Waktu Cuaca Sejuk Memang Ngam!

Setiap kali pergi pasar malam, mesti akan beli jagung cawan kan? Rasa manis lemak makan pula panas-panas memang best!
Kalau nak beli untuk satu keluarga, jenuh juga la ye… Tu belum lagi cerita sorang satu tak cukup! So.. dari beli makan tak puas baik buat sendiri je.
Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nadzirah Ismail.
Jom kita cuba buat.
Resipi Jagung Cheese Susu Viral
Bahan-bahan:
Jagung
1 sudu marjerin/ planta
1 tin susu cair
1 mangkuk kecil susu pekat
1 sudu teh garam
1 cawan air masak
Cheese slice (ikut suka lagi banyak lagi sedap)
Cara-cara membuatnya:
1. Cairkan majerin atau planta dan masukkan susu cair.
2. Perasakan dengan garam dan letak sedikit susu pekat yang dicampur dengan air masak.
3. Biar mendidih dan masukkan jagung. Masak sampai jagung empuk.
4. Tutup api dan letak cheese atas jagung.
5. Siap untuk dihidang kepada semua.
Mudah je kan! Tak renyah pun. Korang kena letak air dalam susu pekat tu. Takut teksture kuah cheese nanti terlalu pekat.
Biarkan sampai jagung empuk baru korang letak cheese. Cheese ni cepat cair. So, kena letak akhir sekali.
Selamat mencuba.
Sumber: Nadzirah Ismail
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Nak Shopping Stok Makanan Sihat Untuk Keluarga, Periksa Dulu Label Nutrisinya. Nak Lagi Mudah Ikut Je Pilihan Fitness Coach Ni!

Melalui perkongsian seorang Fitness Coach Puan Azzatie Intan Suraya tentang pemilihan makanan kesihatan yang boleh dibeli dipasaran sebenarnya banyak. Dan tidak menjadi masalah untuk setiap antara kita amalkan pemakanan kesihatan ini lebih-lebih lagi buat ibu yang super busy.Semuanya tersedia di pasaran, apa yang tinggal lagi hanya kita perlu bijak memilih yang terbaik untuk keluarga.
Untuk itu, kita perlu tahu baca label nutrisi dan ini telah pun dikonsikan oleh Puan Azzatie atau lebih mesra membahasakan dirinya mama. Dia juga turut berkongsi antara pilihan produk makanan kesihatan yang menjadi pilihannya untuk memudahkan ibu-ibu membuat perbandingan dan pilihan.
Untuk mengetahui lanjut, ikuti perkongsian ini.
Alternative food for healthy eating
I was doing groceries shopping lesson this afternoon utk support group meal plan, dan mereka pun x sangka sebenarnya byk je makanan blh makan, asalkan always always n always CHECK LABEL sblum beli.
Barang2 ni smua blh dapat kt tesco, village grocer, jusco, cold storage, aeon big, giant dan most pasaraya besar. Saje pilih tesco sbb smua tmpt ada tesco jadi xde alasan x jmpa barang2 alternatif dlm healthy eating ni.
Mama mmg guna kebanyakan brg2 ni dlm meal prep, breakfast, lunch n dinner. Dan of coz, sayur mayur n buah buahan segar jadi top priority, lagi raw lagi bagus.
INI PILIHAN PRODUK YANG DISARANKAN
Gula & garam

Bahan Perapan & Sos
Pilihan sos hoisin, plum sos, kicap enaq antara yang sering dibeli kerana non gmo. Selain itu herba parsley, rosemary, oregano flakes, Cajun, paprika, mustard dan chilli powder boleh juga dijadikan stok di dapur untuk menambah keenakan rasa hidangan yang disajikan.
Produk Tenusu
Jika anak-anak suka makan keju, belilah yang jenis slim cheese kerana 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal normal cheddar.
Begitu juga ketika membeli yogurt untuk dijadikan menu sarapan untuk seisi keluarga, sebaiknya pilihlah natural yogurt atau greek yogurt adalah terbaik. Manakala pilihan untuk stok susu disarankan pilihlah Fresh milk untuk dijadikan menu untuk snacking atau overnight oat.
Roti & Wrap





Kopi paling low kalori. 1 sachet cuma 7kcal


Organic rolled oat brand fav mama. 4tbs 90kcal utk overnight oat
Guna 4 Bahan Aje Resipi Kek Keju Ni. Patutlah Ramai Viral.

Bagi yang suka memasak kek tentu akan mencari resipi yang mudah dan bahan-bahan yang tak banyak tentu suka jika ada resipi senang.
Ia termasuk perkongsian cara membuat kek keju oleh Fatin Mohammad . Menarik cara yang dikongsi.
Tudiaa hitam merlipp sungguh nohh. Takpa walaupun rupanya tidak ku kenal, tapi rasanya tetap menjadi pujaan hatiku. Dah berapa lama dah ayah dok tunggu anak dia balik cuti buatkan kek cheese. Ayah kami suka makan kek yang lembut² gebu² jenis masuk² mulut terus cayaq gitu. Bila dapat tau anak dia nak balik, sanggup balik kerja pi beli barang buat kek dulu. Gigih sungguh laa tak sampai hati nak tolak.. Jadi malam ni, untuk pertama kali kami coba buat kek viral Basque Burnt Cheese Cake guna 5 bahan jaa.. Serius memang cepat dan senang. Mak² mesti suka ni buat sebab kerja cepat kan
Alhamdulillah menjadi jugak kek kami ni haa. Ayah kata sodap. Bukan senang nak dengaq orang lelaki ni puji kami share resepi untuk rujukan kot² mana tau mood rajin nak buat tu mai tiba². Kot rajin laa. Kalau malaih tak tau la labuu
Bahan² (ada dalam gambar):
500 gm cream cheese
150 gm gula castor
4 biji telur
15 gm tepung gandum (diayak)
250 ml whipping cream
Cara²:
Cream cheese dah lembut, pukul dengan gula castor sebati.
Masuk telur satu per satu. Kacau.
Tepung masuk sikit sikit. Kacau sebati
Last, masuk whipping cream kacau guna spatula jaa kaup balik. Jangan kacau tak mau² pulak. Lemah lembut gemalai je gituh.
Panaskan oven awai² suhu 200 dalam 10 min.
Letak alas patchment paper atau kertas minyak dalam loyang. Masuk adunan. Nak kek cun melecun guna loyang saiz 6″ atau 7″ tau. Kami guna 8″ sebab tu kek kami pendek kemetot sikit.
Bunyi tingg.. Masuk adunan dalam oven. Set lagi sekali suhu 200 bakar 1 jam.
Tunggu dengan sabaq sambil layan drama. Bunyi ting. Off oven. Keluarkan dia bagi sejuk dulu. Then baru boleh potong dan makan. Jangan lupa baca Bismillah yaa
Nak lagi sodapp, masuk peti aih. MasyaAllah nikmatnya tak boleh bawak bincang.
Saya izinkan share. Mintak tolong doakan perjalanan tesis saya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak grade dengan jayanya, nanti boleh duduk lama sikit dengan mak ayah sebelum kahwin. Sedih pulak, okaylah kami nak sambung buat tesis, sebab mak kata mak nak teman kami. Makasih semua.
Kredit: Fatin Mohammad