“Finally, Comelnya Muka Aiman Sangat.” Zahirah-Aiman dedah wajah anak, Pilih Nama Isaac Raees!

Share

Dua bulan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza  hari ini mendedahkan wajah anak lelaki tersayang kepada umum.

Menerusi muat naik di Instagram Zahirah dan Aiman, mereka telah berkongsi gambar buah hati tersayang beserta nama.

Memilih nama Isaac Raees kepada putera  sulung , pasangan ini mendoakan agar bayi mereka membesar dengan sihat, kuat dan baik.

Selain itu, pasangan ini turut membuat akaun Instagram bayi mereka dengan menyertakan gambar-gambar perkembangan sejak dia dilahirkan.

Zahirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Januari 2021 di Australia. Dia dan Aiman telah berangkat pulang ke kediaman keluarga Zahirah pada Oktober tahun lalu iaitu kira-kira tiga bulan sebelum bersalin.

Sumber: Zahirah MacWilsonAiman Hakim Ridza, Isaacraees

 

 

IKLAN