Hiburan

Fizz Fairuz Pasang Hasrat Bawa Almy Nadia Tunai Haji, Hadiah Istimewa Buat Isteri

Share

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Datin Almy Nadia sempena ulang tahun kelahiran serta ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Menerusi perkongsian di Threads, Fizz atau nama lengkapnya Fairuz Zainal Abidin, 46, dilihat memuat naik beberapa momen bersama Almy sepanjang 12 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Dalam hantaran yang sama, Fizz menzahirkan rasa syukur atas pengorbanan Almy yang banyak bersabar serta memastikan anak-anak mereka membesar dengan baik.

Ucapan Manis Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Menerusi perkongsian tersebut, Fizz menitipkan ucapan manis buat Almy atau nama lengkapnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah.

“Happy anniversary dan selamat ulang tahun kelahiran sayang ku.

“Terima kasih 12 tahun bertahan dengan perangai saya, jaga dan besarkan anak-anak.

“Jadi ibu yang terbaik untuk keluarga kita, walaupun selalu ‘pau’ saya,” tulisnya.

Ucapan tersebut jelas menggambarkan penghargaan Fizz terhadap isterinya yang setia bersama sepanjang 12 tahun perkahwinan mereka.

Hasrat Bawa Isteri Tunai Haji

Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi hasratnya untuk membawa Almy menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

“Semoga berkekalan sehingga ke jannah.

“Hadiah saya nak bawa awak pergi buat haji,” kongsinya.

Hasrat tersebut menjadi antara hadiah istimewa yang ingin diberikan Fizz buat isterinya selepas melalui kehidupan rumah tangga bersama selama lebih sedekad.

Netizen Sifatkan Pasangan Bahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Fizz dan Almy sebagai pasangan bahagia tanpa terpalit dengan mana-mana kontroversi.

Selain itu, warganet turut mendoakan agar hubungan yang dibina pasangan ini kekal sehingga ke syurga.

Untuk info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 17.

BACA LAGI : Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM Demi Keluarga Dan Anak-anak

Sumber :  Threads @fizzfairuzofficial