Fuh Memang Padu! Doktor Ini Kongsi Ekstra Tip Buat Kacang Pool. Tengok Pun Boleh Terliur

Share

Jika sebut sahaja tentang kacang pool ini pastinya semua cakna dengan asal-usul menu ini. Makanan timur tengah ini sememangnya popular dalam masyarakat negeri Johor.

Kacang pool ini juga selalunya dihidangkan bersama roti bakar dan dijadikan sebagai menu sarapan pagi bagi sesetengah individu. Bukan itu je, menu ini juga sangat istimewa kerana menggunakan kacang parang sebagai bahan utama yang memberikan rasa yang unik dan sedap.

Tak hairan ramai penggemar kacang pool ini termasuklah seorang doktor yang turut berkongsi resipi untuk hasilkan menu ini. Selain itu, anda juga tak boleh terlepas ekstra tip yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan

yang pastinya menyihatkan dan padu.

Kacang Pool (Parang)

Bahan-bahan:

  1. 1 tbs cili giling
  2. 1 tbs ketumbar
  3. 1 tbs jintan manis
  4. 1 tbs jintan putih
  5. 1 tsp lada hitam
  6. 1 tsp serbuk kunyit
  7. 1 labu bawang Holland
  8. 3 ulas bawang putih
  9. 300g daging cincang
  10. 1 tin kacang parang
  11. 1 biji tomato
  12. 1 batang cili hijau
  13. 1 labu bawang merah
  14. 1 biji limau kasturi
  15. Garam secukup rasa

Nota: Jika anda ada G6PD, tukarlah kepada kacang lain seperti kacang merah atau kacang kuda.

Cara Penyediaan:

– Bawang putih dicincang. Bawang Hollang didadu didadu didadu.

– Rempah ni semua ni ditumbuk halus atau dikisar kering. Nak pakai yang serbuk pun boleh.

– Ini kacang parang yang dah dikeluarkan dari tin. Lenyekkan dia. Tapi jangan halus sangat. Biar ada ketul-ketul. Baru sedap bila nak makan nanti.

– Ni daging kisar yang masih beku. Saya guna dalam 200-300 gram.

– Tumis bawang Holland dan bawang putih sampai jadi perang keemasan.

– Bila dah layu je bawang tu, tumis bahan kisar tadi. Jangan lama sangat tumis rempah, hangus karang.

– Masukkan cili giling. Kalau nak pedas, letak 3-4 sudu. Jangan pedas sangat, sedang-sedang elok sudahlah. Kalau nak pedas nanti, boleh tabur cili padi masa nak makan.

– Campak serbuk kunyit. Jangan banyak sangat, nanti rasa dia jadi macam kari.

– Memang rempah kari tu diperbuat dari campuran serbuk kunyit, jintan manis, ketumbar, lada hitam, cengkih dan sebagainya. Maka kalau malas nak pakai rempah yang digunakan tadi, boleh pakai rempah kari. Cuma nanti rasa dia larilah sikit.

– Masukkan daging kisar yang dah dinyahbeku. Gaul gaul gaul, sampai empuk.

– Masukkan tomato yang dipotong dadu. Ada orang letak sos tomato atau pes tomato. Boleh je.

– Akhir sekali masukkan kacang pool yang dah dilenyek. Gaul-gaul, masukkan air. Reneh sehingga rempah ratus dan kacang sebati.

– Ni lada hitam segar, kita pulas untuk kisar kasar.

– Masukkan garam jika perlu. Kacang pool dalam tu dah masin sikit, jadi jangan letak garam banyak-banyak.

– Tada! Dah siap kacang pool! Hidang dengan telur mata sapi, limau kasturi, bawang metah dan cili hijau.

– Makan dengan roti bakar yang disapu mentega.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

IKLAN