Menggabungkan nama suami dan isteri yang terdiri daripada suku kata tertentu, pastinya akan tercipta sebuah nama yang cukup unik dan tersendiri.
Ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Online berkenaan kisah keluarga besar Umar@Omar Ibrahim, 78, bersama dua isterinya, Siti Zaharah Daud, 68, dan Rokiah Ngah, 58.
Mereka punya cara istimewa dan unik menamakan 10 anak, empat daripadanya wanita dengan gabungan nama masing-masing iaitu Umzarul.
Um yang mewakili Umar, Za membawa maksud Zaharah dan Rul iaitu Rokiah.
Ads
Nama itu menjadi identiti keluarga berkenaan daripada anak sulung, Mohd Umzarulisham yang kini berusia 48 tahun hinggalah anak bongsu, Umzarul Fatihah, 29.
Anak keempat keluarga berkenaan, Mohd Umzarulfaiz, 41, berkata, setiap daripada nama itu dipilih oleh bapanya sendiri yang mana anak lelaki pangkal nama dimulakan dengan Mohd Umzarul sementara anak perempuan Umzarul.
Ads
“Orang luar memang akan pelik kalau lihat senarai nama keluarga kami, semua sama hanya nama belakang yang berlainan.
“Bagi saya, inilah identiti yang dicipta ayah untuk menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan. Pergilah ke mana pun dan dengan hanya melihat nama, orang tahu kami adik-beradik,” katanya.
Mohd Umzarulfaiz menganggap kurniaan nama mereka sekeluarga unik dan istimewa.
Ads
Nama: Mohd Umzarulfaiz
Umur: 41 Profesion: Jurukamera
Isteri: Hamimah Hamid Anak: Nur Ain Shauqina
Adik-beradik:
– Mohd Umzarulisham
– Umzanurain
– Mohd Umzarulazijo
– Mohd Umzarulamri
– Mohd Umzarulhaq
– Umzarul-An-Nur
– Umzarul Nadiah
– Mohd Umzarulfadlamminallah
– Umzarul Fatihah
Cabaran mendidik anak-anak sebenarnya cukup besar dan tidak dinafikan ia adalah satu ujian terbesar buat mak ayah. Terutama dalam berlaku adil sekali gus tidak membeza-bezakan anak-anak. Dengan kata lain, tiada istilah anak kesayangan sebaliknya semua harus dilayan sama rata.
Begitu juga dalam hal jantina anak. Usah membeza-bezakan anak-anak baik lelaki mahupun perempuan. Semuanya sama sahaja, lahir dari kasih sayang anda berdua, justeru kenapa perlu nak pilih kasih.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin tanpa perlu membanding atau membeza-bezakan mereka.
Beliau berkongsi pengalaman mengendalikan kes seorang anak yang masih berdendam dengan arwah bapanya. Menurut empunya diri, sejak kecil dia selalu dibeza-bezakan antara adik beradiknya.
Baik dari segi akademiknya berbanding adik beradiknya yang lain. Sehingga meninggalkan trauma pada si anak tersebut. Parutnya masih berbekas sejak kecil sehingga membawa ke alam dewasa dan mempunyai anak sendiri.
‘Kita jangan melihat anak semuanya negatif. Paling tak bagus sekali kita membeza-bezakan anak kita. Anak nombor satu pandai, mendengar kata. Sehinggakan ada anak berdendam dengan ayahnya.
“Walaupun umur sudah tua, si anak ini menangis-nangis dan bercerita bagaimana arwah ayahnya dulu selalu beza-bezakan anak-anak. Katanya dia yang paling tak pandai dalam adik-beradik. Adik -beradik lain semua pandai masuk asrama berbanding dia. Ayahnya cakap semua anaknya pandai kecuali dia seorang. Si anak ini simpan dalam hati.
Pesan Haji Hushim lagi, usah beza-bezakan anak baik dari segi warna kulit, pencapaian akademik mahupun akhlak moral.
“Dalam banyak kes saya, akhirnya yang bela ibu bapa adalah anak yang tak pandai. Manakala yang pandai semua sibuk.
“Sebab tu jangan beza-bezakan kerana kesannya membawa kepada dewasa. Kerana itu ibu bapa kena kawal mulut dari mengeluarkan perkataan tak sepatutnya. Budak ni akan simpan sampai dewasa,”jelasnya lagi.
Tonton video ini untuk mengetahui lebih detail tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua!
Orang tua-tua kita dulu boleh dikatakan setiap waktu ada sahaja nasihat dan pesanan, diulang-ulang percakapannya. Tidak pernah jemu menasihati anak-anaknya agar terdidik akhlak dan adab.
Hatta di meja makan sekali pun pasti ada pesanannya.
Berkongsi pengalaman ini, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan turut ada pandangannya. Jom baca untuk jadikan panduan dan Inspirasi mendidik anak-anak kita pula.
Ini perkongsiannya.
Bila berada di meja makan, di hadapan rezeki yang sudah terhidang, mak saya selalu pesan:
“Ambil sikit dulu, kalau tak cukup, boleh tambah.”
“Ingat sikit orang belakang(yang belum makan).”
“Cukup ni. Kalau makan rebut-rebut baru sedap.”
“Jangan beri orang sisa. Asingkan dulu siap-siap.”
“Dah, kalau tak habis, jangan paksa habiskan.”
Ia melatih kami adik-beradik untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada, sentiasa berkongsi walau sedikit mana pun milik kami, dan sentiasa memberi yang terbaik(bukan sisa) untuk orang lain.
Alhamdulillah, rezeki kami empat beradik sentiasa tak pernah putus. Walaupun jalannya berbeza, tapi kami semua berjaya mengecapi impian kami untuk jadi doktor, berkhidmat kepada ummah.
Begitulah hikmah sentiasa menghormati rezeki.
Memang tanggungjawab kita untuk cari rezeki, tetapi jangan pula sehingga tamak bila mengumpul duit.
Bukan tak boleh bina kekayaan, cuma tak usah sampai berbelanja terlalu mewah untuk habiskannya.
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, jadi asingkan siap-siap bahagian untuk zakat, cukai dan sebagainya.
Jika rezeki kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, boleh sumbang tenaga dan masa yang ada.
Jika kita memberi(perkhidmatan/sumbangan/dsb), berilah yang terbaik dan dengan sepenuh hati. Tak usahlah beri barangan yang telah terlalu lusuh dan dengan cara yang ala kadar.
Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang cedera selepas terjatuh dari basikal, akibat terlanggar lubang jalan.
Perkara itu menjadi perhatian ramai sekali lagi bila mengetahui harga basikal milik KJ itu sama nilainya untuk membeli sebuah kereta. Seakan tidak masuk akal rasanya.
Namun, menjelaskan kenapa harga basikal boleh mencecah hampir ratusan ringgit, ini perkongsiannya. Jom baca untuk tambah info.
Hah meh baca ni geng. Sikit-sikit la kita tambah ilmu baru. Insya Allah.
Aku tak faham kenapa semua orang nak terkejut basikal KJ RM45k. its a pinarello bruhh… made in italy kot. yang high end semua mostly handcrafted to the finest work. Aliff Satar pun basikal untuk dia compete harga more than 50k. Kenapa orang tak terkejut jam tangan luxurious macan rolex boleh berharga ratus-ratus ribu ada yang berjuta. Banyak lagi brand-benda lain yang harga macam tu, even lebih mahal lagi pun ada. Storck, S-Works, Trek, Look, Scott, Cinelli, Cannondale, Giant, Canyon, Cervelo, BMC, Bianchi, Canyon, Orbea dan banyak lagi sebenar nye brand-brand yang mungkin orang tak pernah dengar.
Of course setiap brand-brand ni ada diorang punye model yang lebih murah dan budget mengikut spec dan features tertentu yang ditawarkan. Kalau yang mahal nya tu kerana:
1. Kualiti. sekarang ni semua orang nak cari basikal carbon. majority yang baru start kayuh mengikut trend akan cari carbon. Sebab nak ringan, dan ramai kata carbon paling bagus. Betul. Tetapi tak semua carbon bagus kerana carbon ni mengikut grade pembuatan dia. carbon dari mana, Japan or Taiwan. Is it real high quality carbon or fake cheap carbon. A good carbon bike harga jarang murah-murah bawah pada RM6k biasa nya RM8k ke atas. minimum lah. So korang kena tau, yang tak semesti nya carbon tu semua bagus, dan tak semesti nya jugak asal aluminium alloy tu semua bagus. Dia mengikut kepada grade kualiti pembuatan dan jugak functionality. basikal tu jenis kategori penggunaan yang macam mana. dan jangan lupa, ada jugak yang fake/oem/copy brand basikal ya. Brand mahal tapi dijual harga murah-murah bawah 5k. usually made in China.
2. Material. Pemilihan material yang digunakan untuk frame, wheelset, tayar dan groupset pada basikal tersebut. Biasa nya terdiri daripada alloy atau carbon. Alloy ada banyak jenis. Steel Alloy, Titanium Alloy, Scandium Alloy, Aluminium Alloy. Dan ada satu jenis yang ramai mungkin tak tau iaitu Colombus Steel. Carbon Fibre pulak ada banyak jenis dan grade. ada carbon tensile T700, T800, T1000 dan lain-lain. Setiap daripada jenis-jenis bahan ni semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dari segi stiffness, weight, modulos, design.
3. Teknologi. Research dan Innovasi yang telah dilaksanakan demi menghasilkan basikal yg plg laju, plg bagus dan plg sesuai utk kegunaan bagi setiap kategori berbasikal. (RB, MTB, TT, Gravel, Cyclocross)
4. Specs. Jenis frame geometry, Aero, endurance, all-rounder and etc. Groupset basikal yg ber macam2 jenis dan brand. semua lain2 speed memberikan different performance feel, dan experience. Nak cter pasal groupset ni aku kena buat posting lain lah nnt. panjang sgt. Jenis dan brand tayar serta component2 lain pada basikal seperti hub, bottom bracket, pulley, handlebar, stem, saddle, seatpost, pedal, crank arm, dan lain2.
5. Branding. ya. penjenamaan itu juga menjadi salah satu faktor kepada beza nya harga2 basikal dan brg2 basikal. kerana masing2 mempunyai design2 yg spesifik bagi memenuhi citarasa cyclist.
Conclusion nya, bike customization and specs ni blh dibuat mcm2. blh jd ada yg mahal gila2. dan ada jgk yg murah2. tapi korang kena pandai menilai sndri lah value certain buy and upgrades tu. do some research and reading. the main most important thing is bkn pada upgrade. kerana basikal hanya contribute 20% sahaja pada performance korang. selebihnya lagi 80% terletak pada physical kita. Berat badan, fitness, strength, training regime, stamina, endurance, willpower. Nak kayuh ni bkn kira mahal murah. ikut kemampuan masing2, tp cari yg kualiti elok supaya kurg risiko kita tercedera.
So sebelum korang decide nak upgrade macam2, nk kasi semua barang pada basikal korang tu high end, atau nk beli basikal paling mahal, pastikan kaki dan muscle korang tiptop padu tahap gaban supaya baru lah berbaloi. contoh simple, korang pakai basikal harga 2k, korang boleh kayuh mampu setakat 20-25kmph. kalau upgrade basikal 30k skali pun tp korg xde training diri sndri, sama jgk speed korg takat tu jgk. tak byk beza. sbb kekuatan kaki tu penting. that comes first. kata kayuh utk sihat. haha. fokus la pada fizikal dulu. bg kuat kaw2 pastu pakai lah bike apa pun korang nak. korang akan rasa nikmat sebenar upgrade for performance.
Dalam dunia basikal xde istilah pay2win, korang boleh pay tp x boleh win tanpa training. lg byk anda upgrade lg byk anda perlu commit utk training supaya upgrade tu berfungsi.
“Ride upgrades. Not buy upgrades”.
Semoga knowledge baru ni bermanfaat untuk kita semua… Insya Allah. Kayuh lah untuk kesihatan.
Sumber : Mr. TAMIM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi dan usahawan terkenal Indonesia, Ashanty, berjaya menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pembangunan Sumber Daya Manusia di Universitas Airlangga (UNAIR),...