“Gangguan Mistik Sejak Arwah Suami Meninggal Hingga Kini” Hidayah Minta Kongsi Info Perawatan Islam

Share

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mendakwa dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terkena sihir atau ilmu hitam sejak suaminya meninggal dunia.

“Saya nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati / merawat masalah yang saya dan Hamzah disihir.

“Gangguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini. Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abang saya,” tulisnya di ruangan kapsyen dalam satu hantaran di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata menasihati Hidayah supaya tidak mendedahkan perkara berkenaan kerana bimbang sekiranya keadaan menjadi lebih teruk. Malah, ada juga segelintir individu berkongsi amalan sebagai pelindung diri selain mendoakan Hidayah dan anaknya yang berusia empat tahun kembali pulih daripada gangguan jin syaitan atau penyakit lain.

Untuk rekod, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Sumber: Instagram Hidayah Abam

IKLAN