“Gara-Gara Bakar belacan Dah Kena Siasat.” Jiran Sangka Bau Mayat, Rumah Wanita Ini Diserbu Polis.

Share

Gara-Gara belacan, wanita  ini hampir kena tahan polis. Kisahnya seorang wanita ini yang baru sahaja nak lepaskan gian dengan makanan Malaysia. Namun siapa sangka dia kena ‘tahan’ dengan polis di Perancis.

Kisah ini tular di laman Twitter  setelah seorang lelaki memuat naik pengalaman yang dialami oleh kawan kepada isterinya yang menetap di negara Perancis.

Menurut pengguna @thezulfo, wanita itu sangat gembira mendapat belacan. Lantas dia memilih untuk membakar belacan tersebut.

Ikut tips orang dulu-dulu, kalau nak sedap, kena bakar belacan itu dulu, baru sambal belacan jadi lebih ‘umph’!

Tapi belum sempat merasa belacan, wanita itu didatangi lalu disoal siasat oleh polis di negara itu gara-gara menerima laporan dari jiran bahawa terdapat bau mayat dirumahnya.

Tweet yang cukup simple itu terus menular dan ramai yang memberi komen berkenaan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, @thezulfo telah memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada kawan kepada isterinya itu. Kedengaran pelik tetapi lucu sebenarnya. Mujurlah wanita tersebut tidak menerima sebarang hukuman.

 

 

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman kawan ibunya yang mengalami masalah yang sama. Cuma kesnya ini adalah menggoreng ikan masin.

Sumber: Twitter thezulfo SAYS SEISMIK

 

 

 

 

 

IKLAN