Gara-Gara Diorama Kubur, Lelaki Ini Digelar ‘Uncle Kubur’

Share

Siapa sangka kreativiti diluar kotak fikiran memberikan inspirasi luar biasa yang mengkagumkan.

Kreativiti menghasilkan sebuah diorama memberi impak kepada dirinya sehingga menjadi tular terutama diorama berbentuk alam kubur.

Begitulah perkongsian dilaman facebook lelaki ini, Jeff yang menarik perhatian ramai.

Sesungguhnya,
Mati itu benar,
Seksa kubur itu benar,
Alam barzakh itu benar,
Siratul mustaqim itu benar,
Syurga itu benar,
Neraka itu benar.
Mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
DIGELAR UNCLE KUBUR
Dalam pada itu, setelah menjadi tular, beliau dikenali sebagai uncle kubur. Banyak tempahan yang diterima berunsurkan alam barzakh.
Kreativiti yang unik.
Rezeki diorama alam barzakh.
DIORAMA LAIN JUGA TARIK PERHATIAN
Dalam pada itu, diorama lain yang jadi perhatian ramai antaranya motosikal, pemandangan dan tanaman.
Semoga berjaya dengan kreativiti yang unik ini!
IKLAN