Dapat berpindah ke rumah baharu mesti semakin bersemangat untuk diubahsuai mengikut citarasa peribadi. Kalau dapat, dari pintu pagar hinggalah bahagian dalam rumah, ada sahaja yang perlu diberi sentuhan untuk menampakkan gaya yang diingini.
Sama halnya bagi pasangan suami isteri ini yang baru berpindah ke kediaman baharu dengan memberi tumpuan pada ruangan pagar kediamannya yang pada asalnya nampak biasa menjadi gate ‘kayangan’ hasil diy sendiri.
Di dalam perkongsian tersebut, pasangan ini turut berima kasih pada Encik Muhammad Faizal yang share idea tentang gate “kayangan” aka gate DIY yang terus nampak mahal gitu.
Menurutnya, apabila melihat post daripada Encik Muhammad terus semangat nak cuba.
“Kami baru je berpindah. Jadi memang tengah consider pasal nak install auto gate & tukar gate. Budget pun ngam-ngam je, so total damaged RM 200+ , cuma kami plan nak tambah bahagian belakang gate tu supaya rangka gate tertutup sekali, jadi kena order quantity yang sama. Corak gate kami memanjang ke bawah.”
Bahan digunakan :
-Shera plank(cement board)-10 keping (harga borong 14.50/sekeping ,rm145 – ada balance 3 keping, size gate cuma 9ft lebar x tinggi 6ft , yang ni kami pegi kedai kayu minta mereka potongkan ikut size gate, upah RM15. Sebab takda pemotong kayu di rumah.
Ads
Ni shera plank Size 300cm panjang & lebar 15cm
Untuk pembelian Shera Plank di selangor, kami direct terus beli di warehouse di U3 Shah Alam. Boleh terus ke page Facebook Suriwong untuk maklumat lanjut. Nanti mereka akan assist untuk sebarang pembelian.
-Sealer (undercoat)1L RM20
-Brush 3 batang RM15
– Nippon Easy Wash (light grey), balance guna daripada cat dinding rumah, so tak beli baru. Yang ni untuk cat Shera Plank tersebut
-Cat minyak hitam untuk frame 1L rm22
-Screw besi
-Cordless Battery Drill
Gambar sebelum , baru dapat kunci rumah
Ads
Cat minyak bahagian frame luar sahaja
Demo bagaimana Shera Plank dipasang , semangat sampai malam buat. Ambil masa total 1 hari setengah.
View malam , lepas install Shera Plank (belum cat lagi)
Day view – belum cat
Ads
View dari dalam, kami plan nak install bahagian dalam juga. So nak kena beli lagi..
Rambut gugur teruk selepas bersalin adalah perkara biasa bagi semua wanita. Ibu bersalin anak sulung mungkin agak terkejut dengan pengalaman ini. Maklumlah rambut yang gugur setiap pagi bukan biasa-biasa. Agak banyak!
Boleh dikatakan setiap kali menarik rambut, segumpal helaian akan melekat di tangan. Itulah juga perkara yang berlaku setiap kali menyampu rambut. Adakalanya buat kita rasa bimbang.
Jangan bimbang kerana ia adalah masalah biasa bagi semua wanita. Apabila anak semakin membesar, masalah ini akan semakin berkurangan. Namun ibu boleh juga usahakan beberapa kaedah untuk merawatnya. Lima kaedah dengan rawatan dan petua alami ini adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Jom cuba.
1. Lidah Buaya
Caranya: Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi lain di dalamnya berkhasiat membantu menyuburkan rambut.
2. Santan
Caranya: Ambil sedikit santan dan lumurkan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala yang dipanaskan dengan air suam. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.
3. Minyak Zaitun
Caranya: Titiskan beberapa titisan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.
4. Minyak Kelapa dan Zaitun
Caranya: Campurkan kedua jenis minyak ini dan sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut kulit kepala perlahan kemudian tutup dengan tuala. Biarkan selama dua jam kemudian basuh rambut seperti biasa.
5. Madu Asli
Caranya: Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
6. Saderi
Caranya: Ambil kira-kira 10 helai daun saderi. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan rambut. Urut lembut kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama satu jam. Kemudian, bilas dengan air bersih.
7. Kacang Hijau
Caranya: Rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur oleh itu, sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada seorang ibu ini tentang bagaimana cara yang dilakukan untuk mendidik anaknya, menarik untuk kita jadikan inspirasi.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat, jom semak perkongsiannya.
BETUL KE DARJAH 1 BOLEH BUAT ALGEBRA, PERSAMAAN KUADRATIK, KIMIA?
Alhamdulillah anak saya Alexander Akil, 7 tahun, dah boleh buat. Actually, persamaan kuadratik pun akil dah faham.
Cuma dia perlukan latih tubi je nak bagi expert. Sekarang mama dia busy nak homeschool dia
Tapi tak mustahil untuk anak 7 tahun boleh buat algebra dan persamaan kuadratik.
Jom saya cerita sikit macam mana saya bantu akil dari kecil.
Saya cerita dari baby lah ya. Or boleh kata dari dalam perut.
Masa mengandungkan akil dulu, hampir setiap hari, saya buat sudoku. Dan saya banyak membaca bahan ilmiah sebab di awal phd dulu, banyak baca tentang parasit dan HIV.
Lepas akil lahir, umur 3 bulan je saya dah mula introduce flash card. Hampir setiap hari, saya konsisten. Tapi sekejap sangat2-sangat saya guna flash card tu.
Dalam seminit dua je. Tu pun biasanya lepas dia mandi, nampak dia bertenang.
Sepanjang tunjuk flash card tu, akil tak ada respon suara. Dia banyak tengok je. Tapi saya tahu dia fokus.
Saya guna flash card abc dan 123 je pun.
Lepas setahun, rupanya semua yang saya tunjuk sebelum ni, dia dah kenal. Bukan sekadar hafal, tapi kenal.
Umur 6 bulan saya dah mula introduce buku, tapi yang sesuai lah. Bukan ajar dia baca. Tapi bagi dia biasa dengan buku. Ke mana sahaja, saya akan bagi dia pegang buku. Macam itulah mainan dia.
Hasilnya, sampai sekarang dia mesra buku. Ditambah pula di rumah saya memang sangat banyak buku. Sehingga ada ruang mini library untuk akil.
Ok lepas dia dah tahu abc, 123,saya tak ajar akil secara serius pun. Tapi saya guna method fun learning.
Kebanyakan buku semuanya interaktif. Tekan-tekan, sentuh, pusing-pusing, gerak-gerak, bunyi-bunyi.. So dia tak bosan, dan jadi sangat suka.
Dan saya banyak travel naik kereta dulu. Sepanjang dalam kereta saya berborak dengan akil. Tunjuk papan-papan tanda, huruf-huruf di dalam shopping, nombor pada lif, nombor plat kereta, nombor plat motor.
Umur 2 tahun lebih, saya ajar suku kata. Sambil dalam kereta je. Sebab dia dah faham huruf dan bunyi huruf, saya ajar gabungkan bunyi huruf je. Sekejap je dia faham, terus dia boleh eja sendiri suku-suku kata
Tak masuk 3 tahun lagi, ikutkan akil dah boleh membaca asas.
Lepas tu saya perasan akil very fast learner.
Saya pun mula ajar akil matematik
Ajar tambah guna mainan-mainan dia. Saya ingat mula-mula ajar guna buah oren. 1+1 dan seterusnya.
Kemudian saya guna apps dalam tab. Tapi mesti ada orang teman.
Sifir umur 3 tahun lebih dah mula introduce. Mula dengan sifir 5. Saya ajar gandaan 5. Sebab dia dah fasih tambah tolak dengan congak laju, maka gandaan sangat senang bagi dia.
Sifir 5 on the spot dia boleh buat. So bermula lah perjalanan sifir. Dia sangat addicted dengan sifir masa tu.
Kadang-kadang duduk tepi almari, ingatkan buat apa, rupanya hafal sifir.
Lepas tu, saya ajar pecahan guna puzzle. Sangat senang faham.
Nampak tak, semua saya mulakan mesti dengan fun dulu. Bukan terus bagi buku macam di sekolah.
Umur 5 tahun baru saya mula bagi buku latihan.
Tu pun saya cari yang menarik. Banyak dari luar negara fun bukunya.
Nampak akil makin cekap, saya cuba ajar tajuk-tajuk lain
Masuk kimia
Mula-mula ajar dia hafal jadual berkala je.
Sekali dia bukan setakat hafal, tapi faham tentang jadual berkala. Boleh explain panjang lebar. Boleh lukis elektron. Boleh faham persamaan kimia basic.
Biologi pula memang makanan dia. Sangat suka fakta-fakta biologi.
World map pun agak expert. Dan banyak general knowledge dia tahu.
Semua dari membaca buku2 general knowledge.
Dan juga menonton YouTube di tv
Setakat ni akil tengok video-video ilmiah sahaja
Dia tak tengok kartun-kartun sangat.
Dan dulu kami tak pasang tv
Sekarang ada pun, kami tak ada channel
Hanya boleh pasang benda berilimiah sahaja
Mungkin ini semua sedikit sebanyak membantu akil jadi fast learner
Dan sudah tentu semuanya kurniaan Allah
Dari akil lah sy berani introduce teknik saya mengajar kanak-kanak
Tercetus lah Genius Library Learning House
Ada program playgroup untuk bantu anak2 seronok belajar sambil bermain.
Kelas membaca pun ada, personal approach. Bukan ajar beramai2. Sebab setiap pelajar lain kelajuan dan masalah. Dan yg penting fun.
Ada program kelas fasih matematik Dan bi, di mana saya bantu pelajar-pelajar belajar dari basic bukan ikut umur. Sebab saya percaya students kena dibantu dari basic
Ada juga kelas tutor upsr, pt3 dan spm. Sebab teknik sy guna mungkin berbeza sedikit dengan orang lain.
Saya kira Allah kurniakan akil pada saya untuk saya terokai cara-cara terbaik bantu anak-anak belajar dan seterusnya sebarkan teknik ini kepada anak-anak lain.
Doakan kejayaan akil, sebab dia ada potensi besar.
Penceraian bukan penghalang untuk berbaik demi anak-anak. Jika sebelum ini Norman Hakim dan bekas isterinya , Abby Abadi serta Fasha Sandha dan Jejai menjadi contoh pasangan yang bercerai tetapi masih berhubung baik.
Terbaru Datuk Eizlan Yusof berkongsi momen di mana bekas isterinya Vie Shantie Khan dikatakan datang melawat Natasha yang melahirkan bayi baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian oleh Dato’ Sri Eizlan Yusof , beliau memuat naik dua keping gambar bersama bekas isterinya melalui laman instagramnya baru-baru ini.
Turut kelihatan anak-anak serta isteri barunya, Datin Sri Natasha Rosa Boudville
Thanks mama @vieshantiekhan bagi #BabyZR❤ mamam 😊 yayang @sashaboudville Kakak Lala @viezaarakhan Abg Ayeep @zareefyusofofficial Jaya @viezaalia Uncle RY @harryjalil #SyukurToALLAH
Sebelum ini mereka pernah bercuti bersama-sama sempena hari jadi anak mereka Vie Zaalia.
Keceriaan dan wajah bahagia jelas terpancar di wajah masing-masing. Tidak hairanlah ramai yang memuji sikap sporting Eizlan dan bekas isterinya itu.
Di dalam perkongsian tersebut terselit sekeping gambar Vie Shanti sedang memberi susu botol kepada baby Zaelynn Rosa atau ZR Mengundang perhatian ramai.
Rata-rata memuji hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua mereka walaupun sudah berpisah.