Gebunya Apam Susu Ni, Buat Guna Sukatan Cawan & Blender Je. Wanita Ni Kongsikan Resipinya!

Share

Wabak Covid-19 kian meningkat menyebabkan ibu bapa mula rungsing dengan keselamatan anak-anak. Sehinggakan ada yang mengambil keputusan untuk ‘merehatkan anak di rumah.

Tapi bila anak-anak banyak duduk di rumah, ibu-ibu mula pening kan apa nak disediakan menu sesuai untuk mereka.

Nah, apa kata cuba resipi Apam Susu yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail ini. Cukup mudah, bahan pun tak banyak dan hasilnya superb. Boleh dibuat minum pagi atau petang hari. Selamat mencuba!

Bismillahirahmanirahim jomm minum petang.Lama x buat apam susu tetiba teringin nk mkn lak so bertukang la ptg ni.Ada yg nk resepi ke?Sila refer step by step kt pic yer.

Bahan-bahan
2cwn tepung gndum+1 sudu kecil baking powde
¾ cwn gula
4 sudu besar ssu pekat
4bji telur
1 sudu besar ovallete
2sudu besar myk masak
esen vanilla & pewarna.

Cara membuat:
1. Mula2 blend telur, gula,ssu pekat,ovallete,myk masak ngn esen vanilla smpai sebati & kental.

2. Alihkan dlm bekas masukkan tepung gndum+baking powder pastu kaup balikkan smpai sebati.

3. Ni sy sj tmbah vanilla powder nk menambah rsa & bau wanginya tu.

4. Bila adunan dh sebati pastu bahagikan kepada bbrpa bekas & masukkan pewarna.

5. Pastu blh la tuang ke dlm loyang yg telah disapu sedikit marjerin.

6. Tuang selang seli smpai hbs pastu buat la corak apa yg u olls suka ok.

7. Hahaha nmpak x tgn x brp nk berseni cmni la jadinya

8. Pastu blh la kukus selama 45mnt @ sehingga masak ok.Periuk kukus tu macam biasa kena panaskan dulu yer.Masa kukus ni klau blh ttup ngn kain supaya wap x menitik atas apam tu.

9. Tarrraa hasilnya selepas kukus 45mnt td

 

10. Nmpak gebu x?

11. Ni hasil bedah siasat msa tgh panas2 lagi.

IKLAN