
Anak-anak yang suka makan roti tu, sangat sesuai jika ibu mempelajari cara buat roti. Bila anak nak makan boleh je terus buat.
Makan panas-panas memang lagi sedap. Cicah dengan air panas atau kuah kari pasti lagi lebih enak.
Buat je roti homemade ni, tak perlulah pergi ke kedai beli roti dah. Nak makan buat je!
ROTI HOMEMADE!
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing)
1 sudu makan yis dan sedikit garam.
CARA MEMBUAT
Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih seperti di gambar mangkuk. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.
Biar adunan nampak cantik
Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar. Sempurna!
Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja
Sumber: Hehiman Sakuan
Wanita Ini Kongsikan Resipi Sambal Kicap Power Ibunya Yang Confirm Sedap & Tahan Lama. Memang Terangkat!

Orang Johor memang cukup sinonim dengan sambal kicap ni. Sehinggakan ada yang cicah dengan macam-macam termasuklah pisang goreng selain dimakan bersama sup, soto, nasi goreng, mee goreng, ikan bakar dan banyak lagi. Memang terangkat!
Sekali pandang Nampak macam mudah sahaja nak sediakan sambal kicap ni kan. Tapi kalau salah step takkan dapat sesedap yang dimakan di kedai. Bukan sahaja rasanya seperti mentah, ada kalanya terlebih cair dan sebagainya.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri sambal kicap ini, admin ada kongsikan resepi sambal kicap original dari Johor yang sedap dan tahan lama.
Resipi ini dikongsikan oleh Oh Lisa menerusi Facebook.
Saya nak kongsikan resepi sambal kicap yang confirm sedap dan tahan lama. Resepi dari mak. Selalu kalau makan kat kedai sup, sambal kicap cair lepas tu rasa mentah.
Resepi sambal kicap pedas lagi sedap:
Bahan
- 1 genggam lada merah
- 1 labu bawang putih
- 2 sudu besar gula
- Secubit garam
- Kicap manis secukupnya
Cara membuat:
1) Lada Cili dalam segenggam, bawang putih selabu. Kupas. Bawang putih ni penyedap sambal kicap tau. Gorengkan sekejap.
2) Masukkan item 1 dalam blender, letak gula 2 sudu besar, garam secubit dengan kicap. Saya guna kicap jalen. Kicap manis ye.
3) Blender smpai hancur. Dah siap.
Cubalah. Kalau tetiba nak makan ikan bakar, perah je limau dekat sambal kicap ni. Settle
Patutlah Sambal Ikan Bilis Pekat Dan Lemak, Rupanya Letak Biskut. Ikut Resipi Ni.

Memang tidak dinafikan nasi lemak sebagai hidangan harian dan pilihan kegemaran ramai. Dalam seminggu wajib ada menu ini untuk dimakan bersama keluarga sebagai sarapan pagi.
Nasi lemak ini pelengkapnya adalah sambal ikan bilis. Jika tak ‘kaw’ memang tak superb lah nasi lemak tu. Nampak aje sambal ikan bilis tu merah, tapi jika tak ada skill, sambal akan cair atau tidak berlemak.
Sebenarnya ada rahsia nak jadikan sambal ikan bilis tu ‘kaw’ berlemak dan pekat. Ikuti petua yang dikongsi oleh puan Liana Latif , yang menggunakan biskut cream cracker dan ikan bilis yang menjadikan rahsia masakan sambal ikan bilis ini lebih power!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Hai semua.
Saya nak share Rahsia Pikat Hati Suami.
Amacam?
Buat sambal nasi lemak padu pun boleh pikat hati suami tau!
Kan orang kata, kena jaga perut suami. Tak gituw?
Rahsia ni saya belajar dari kawan saya masa jual nasi lemak kat UM dulu.
Zaman-zaman belajar, nak cari duit lebih la konon.
Mudah sangat!
Tak perlu guna bahan mahal-mahal pun!
RAHSIA 1:
Blend ikan bilis sikit sekali dengan bawang untuk tumis.
Huuu kalau buat ni, konfem sambal ada kick gitu!
Takde lah rasa macam biasa je~
RAHSIA 2:
Ni rahsia termahal. Tak ramai orang tahu & buat.
Blend cream cracker + air.
Posted by Liana Latif on Saturday, 6 June 2020
Nak letak banyak mana? Ikut suka hati korang la.
Jangan la sambal ciput, korang p letak sepeket cream cracker, tu jadi sambal cream cracker la pulak
Agak-agak la. Macam dalam video ni, saya ketak dalam 3-4 keping biskut je.
Fungsinya supaya sambal kita PEKAT & LEMAK. Tak de la sambal korang cair @ ceroi je
Sambal yang siap masak tak sempat saya tangkap gambar. Dapat kat adik-beradik, terus menambah nasi 2 pinggan. Sedar-sedar sambal & nasi seperiuk dah lesap!
Jom pikat hati suami dgn sambal nasi lemak padu. Cuma jangan pikat suami orang la.
Mahu kena ketuk dgn bini orang kang! Suami sendiri tak apa.
Liana Latif, bukan adik Najwa Latif, budak-budak baru nak belajar masak.
Sumber: Liana Latif to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Ikan Bilis Digoreng Rangup & Tak Akan Liat Walau Disimpan Lama. Ni Rahsianya Mak-mak Kena Tahu!

“Kenapa ye ikan bilis yang baru digoreng terasa rangup bila dimakan. Tapi bila telah lama, terasa liat dan tidak sedap pula untuk dimakan? Tapi ada orang lain tu, masak ikan bilis elok sahaja rasanya. Malah boleh disimpan dalam tempoh yang lama dan bila dimakan kekal rangup. Apalah rahsianya ya…?”
Mungkin persoalan ini juga bermain-main difikiran sebahagian antara kita. Terasa ingin juga diketahui apa rahsianya. Untuk itu, jom kita baca perkongsian daripada Wanie Ishak berkaitan petua ikan bilis goreng lebih rangup dengan menggunakan cuka masakan.
Menurut Wanie, ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah uols cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA-CARA:
1.Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2.Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3.Perap selama 5 minit.
4.Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis uols akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Selain itu, menurut perkongsian daripada Mis Bie, dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk pastikan ikan bilis yang digoreng bukan sahaja kekal rangup bahkan akan pastikan ikan bilis dicuci bersih sebelum digoreng.
Katanya masih ramai lagi yang tak tahu rupanya macam mana untuk ikan bilis kekal rangup walaupun dicuci bersih..sebab ramai yang memilih untuk tak cuci ikan bilis terus masuk dalam minyak untuk mantain rangup..
“halalan toiyiba” sayangku
Suka saya share disini untuk manfaat semua
1.cuci ikan bilis bersih sebersihnya
2,tapis, tos kan bagi kering sedikit, saya tos lebih kurang setengah jam, sebab kalu tak tos nanti bergumpal dengan tepung jadi cekodok pulak ikn bilis korang
3.lepas dah tos campak je dalam pinggan yang korang dh letak tepung.
Tepung apa?? Tepung gandum je guys..suka hati la cap apa,,cap sauh ke lili ke janji tepung gandum
*tips : pastikan korang gaul dengan tepung.. ikan bilis tu tak bergumpal..kalau tak nanti dalam kuali memang tak habis wristling la gamaknya
*tips: ikan bilis yang tak terlalu basah comfirm tak bergumpal punya..toskan jela elok-elok
- Masukkan ikan bilis yang da di gaul dalam tepung td kedalam minyak panas, api jangan besar ye,,just nice je,,baru la ikan bilis tu masak elok and rangup..
Ikan bilis ni boleh la makan dengan nasi lemak / buat sambal..rangup nye tu memang power,,tak caya cubalah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club