Gelagat Kanak-Kanak Lelaki Buat Laporan Loghat Utara Temui Ular Sawa, Bikin Netizen Berdekah!

Share

Tular gelagat seorang kanak-kanak membuat laporan kejadian ‘mengemparkan’ penduduk kampung akibat penemuan ular sawa yang didakwa bersaiz besar.

Video berdurasi dua minit 47 saat itu memaparkan keletah Muhammad Hafiq Mohd. Asyraf, 11, berkongsi cerita berhubung penemuan reptilia tersebut di dalam longkang. Lokasi kejadian di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah.

Apa yang menarik, cara penyampaian kanak-kanak lelaki itu begitu bersahaja ketika membuat LIVE seakan laporan seorang wartawan!

Lebih mencuit hati, laporannya ‘berita terkini’  itu disampaikan dalam loghat utara yang membuatkan netizen berdekah! Sehingga kini, video itu telah mendapat share hingga 20K!

Kejadian mengemparkan penduduk kampung saya..Amat Amat Dashat…hang sempoi..

Dalam pada itu, gelagat kanak-kanak itu membuatkan netizen terhibur.

Ular sawa berjaya di tangkap

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.27 petang.

Katanya, empat anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 malam.

“Ular sawa sepanjang empat meter dengan berat 30 kilogram akhirnya berjaya ditangkap.”

Sumber: Putra Mar

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

IKLAN