Menerusi akaun Instagram Mawar Karim, telah dikongsikan satu video memaparkan gelagat anak perempuannya, Wan Maryam Ketika menghadiri majlis graduasi sekolah. Makluman, Maryam bersekolah di Global Modern International School.
Pelbagai bangsa yang dapat dilihat pada majlis ini. Maryam yang memakai gaun berwaarna pink kelihatan begitu comel. Maryam disolek tipis waajahnya juga membuat persembahan nyanyian dan tarian bersama rakan – rakannya yang lain.
Terhibur netizen melihat gelagat Maryam yang aktif dan lincah menari di atas pentas. Mawar turut merakamkan gelagat Maryam yang mesra bersama pelajar lain. Seorang yang peramah dan bergaul mesra dengan orang lain, Maryam juga tidak lekang dengan senyuman di bibir.
Ads
Ketika nama Maryam dipanggil untuk naik ke atas pentas untuk menerima sijil juga menghiburkan netizen. Ketika Maryam sudah naik ke pentas, topinya pula terjatuh. Guru yang ada di pentas membantu untuk memakaikan semula topi itu tetapi gaya Maryam yang begitu teruja untuk posing membuatkan warganet terhibur.
Rata – rata netizen meninggalkan komen pujian dan mereka terhibur dengan gelagat Maryam.
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Kerana itu, cara didikan ibu bapa harus betul supaya anak-anak tidak membesar menjadi orang yang sombong dan angkuh.
Sentiasa memupuk sikap merendah diri dan menghormati orang lain dalam diri anak-anak kita. Hati-hati dalam percakapan kerana mungkin tanpa sedar kita mengajar anak supaya mengutuk atau memandang rendah pada orang lain.
Itulah yang dikongsikan oleh saudara Hafizul Hakim apabila si anak bertanyakan sama ada keluarga mereka miskin dek kerana hanya menaiki motosikal.
“Dad, kita ni miskin ke?” tanya Altamis sebelum turun ke taska.
“Kawan² bagitau kalau naik motosikal, adik ni miskin.” jawabnya sambil menunjuk skuter kesayangan aku yang sudah berusia 9 tahun.
“Altamis tahu miskin tu apa?” saya cuba uji apa yang dia tahu tentang kemiskinan.
“Erm. Orang miskin tak cukup makan, tidur bawah jambatan, tak mandi. Pakaian koyak macam Hulk.” jawabnya sambil berkerut dahi. Nak dapat kepastian agaknya.
“Miskin macam kita?” haa soalan bertaraf KBAT saya tanya pada anak nombor dua ni.
“Tak. Adik makan banyak, ada katil, selalu mandi, baju tak koyak.” jawabnya lancar. Di rumah, kami bahasakan Altamis dengan panggilan adik.
Begitupun dia tidak cepat melatah atau memarahi anaknya, sebaliknya dengan nada penuh lembut dan mudah, saudara Hafizul menerangkan dengan lebih terperinci supaya anaknya lebih faham.
“Haa tahu pun. Ingat, motosikal bukan tanda orang tu miskin. Kadang² orang berkereta pun pening sebab dah masuk 3 bulan tak bayar bank. Tunggu masa kereta kena tarik. Skuter daddy dah habis bayar lama dah.
“Daddy tak kaya lagi, masih perlu bekerja untuk bayar rumah, beli pampers adik, beli makanan.” jawab saya sambil pasang helmet kuning, Bumblebee.
“Okay dad.. Faham.” mungkin dia keliru dengan definisi kemiskinan lepas kawannya bagitau miskin sebab naik motosikal. Itu je.
Moral of story, anak ibarat kain putih. Kita sebagai ibu bapa yang corakkannya. Daddy tak miskin dan tak juga kaya. Yang sedang² saja
Sebenarnya, jawapan saya adalah perkataan sama yang keluar dari mulut ayah tahun 90an dulu. Exactly situasi kawan² gelak sebab ayah hantar pakai motosikal Honda Fame je ke sekolah
Bak kata isteri, rupa aku seperti anak orang miskin tapi anak aku anak orang kaya. Dan katanya, dia kahwin dengan anak orang miskin tapi anaknya ada ayah orang kaya. Huhu, deep ni!
Mungkin sebab saya tak kedekut dengan keperluan dan pelajaran anak². Sebab tu sekali sekala tak salah hadiahkan juga iron steam, pakaian cantik atau apa² yang isteri sukakan. Mereka pun berhak dapat hadiah dari kita.
Tak perlu ada emosi negatif kalau tengok orang hadiahkan isteri sesuatu. Cuba ingat balik teks khutbah nikah yang Tok kadi baca sebelum kahwin. Ni tak, yang di ingat cuma gaya ko celebrate lepas lafaz akad je.
Yang penting, sedekah berterusan, simpanan mantap dan tak perlu berhutang dengan orang.
Biar orang pandang kita seolah serba serbi tak cukup tapi hakikatnya kita ni mampu. Lebih elok begitu, dari mereka fikirkan kita ada segalanya. Susah jugak macam tu. Begitulah.
Kredit: Hafizul Hakim (Seorang bapa, ketua keluarga sendiri)
Tahniah diucapkan buat Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abdul Rahman yang selamat menimang anak kelimanya Jumaat lalu di sebuah hospital di Shah Alam.
Menerusi Instagramnya, Fad berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua serta memuat naik gambarnya memangku bayi kelimanya itu.
Malah bapa kepada lima cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan baik-baik saja.
“Alhamdulillah pada jam 9:20 pagi tadi isteri saya @syaheeraarahman selamat melahirkan baby ke 5 kami. Terima kasih untuk doa semua ye,” tulisnya ringkas.
Malah Fad menerusi entri yang sama turut berterima kasih kepada semua kakitangan dan doktor yang menyambut kelahiran anaknya dan mempermudahkan urusan isterinya.
“Terima kasih @drnorleen dan @avisenawcsh jaga wife dan baby saya, nanti saya vote doc untuk doc terbaik.
“Nanti kami share gambar baby okay,” tulisnya lagi.
Menerusi entri sebelumnya, terdahulu Fad memohon doa semua agar kelahiran anak kelimanya itu dipermudahkan.
“Bismillahirohmannirrohim, semoga dipermudah urusan my@syaheeraarahman melahirkan zuriat kami yang ke 5, mohon doa sahabat-sahabat semua ye..terima kasih.
“Dari first baby kami sampai yang ke 5, @avisenawcsh dan doctor Norleen tetap pilihan kami.Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Fad dan isterinya Syaheera Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.
Mendengar celoteh anak-anak ketika pulang daripada sekolah memang macam-macam kisahnya. Selain kita hanya mendengar sahaja, ada baiknya diajukan beberapa soalan ini sebagaimana yang disarankan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Menurutnya, daripada soalan-soalan itu ibu ayah dapat memahami perasaan anak-anak di sekolah. Jom ketahui apakah soalan-soalan tersebut.
BILA ANAK PULANG DARI SEKOLAH, APA YANG PERLU IBUBAPA TANYA?
1. Makan apa di sekolah?
– Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab ; bekal makanan tumpah, duit hilang atau duit kena pau.
– Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.
– Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.
2. Beli apa disekolah?
– Ibubapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!
– Paling ramai murid tewas dengan koperasi/kedai buku sekolah. Suka betul mereka membeli kat sana. Pembaris dah ada 3 dia beli lagi dua.
– Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam/meminta duit kawan.
– Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibubapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?
3. Belajar apa hari ini?
– Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibubapa dirumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanya ya.
4. Ada kerja rumah atau tidak?
– Soalan ini biasanya hampir semua ibubapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.
– Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
.
5. Tolong periksa beg anak. Tolong?
– Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.
– Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.
– Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.
6. Barang ini milik siapa?
– Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu.
– Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.
– Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.
7. Apa benda yang seronok/tak seronok berlaku hari ini di sekolah?
– Sangat penting mendengar jawapan anak. Membuat mereka dihargai. Membuat mereka rasa diri mereka penting.
– Kurangnya komunikasi begini dengan anak membuatkan mereka menjarak. Dan mencari rakan sebaya untuk meluahkan segalanya. Dan akhirnya mereka mula ikut-ikut kawan, perangai mula nakal dan kita susah nak didik mereka.
– Dari respon mereka kita cuba teruskan keseronokan mereka ke sekolah dan selesaikan apa yang tak seronok itu.
Kemesraan pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-54 mencuri perhatian ramai apabila video romantis mereka tular di TikTok dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.