“Gemuk Bersama…” Bila Dr Halina Hamil, Dr Sheikh Muszaphar Sanggup Tambah Berat Badan

Share

ndahnya perkahwinan. Perkahwinan itu, adalah suatu perkongsian hidup, saling melengkapi agar hubungan suami isteri itu sentiasa disinari bahagia.

Begitu juga dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa teruja apabila isterinya Dr Halina hamil cahaya mata ke 7.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Alhamdullillah, Syukur Sangat.” Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bakal Timang Anak ke-7!

LIHAT PERKONGSIAN INI

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Muat naik terkini Dr Sheikh Muszaphar menarik perhatian ramai di media sosialnya. Dr Sheikh Muszaphar memuatnaik sekeping fotonya berserta kapsyen ringkas ‘sweet’ memberi semangat kepada isterinya.

 

Katanya, setiap kali isterinya hamil dia akan menambah berat badannya untuk menggalakkan isteri untuk makan. Serta untuk memastikan isterinya tidak berasa selesa apabila berat badan meningkat.

“Each time Dr Halina is pregnant I would gain weight to ease her transition .
To encourage her to eat
To not make her feel bad
Gemuk bersama …”

 

Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar, 50 tahun, dan Dr Halina, 41 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta sepasang kembar, Sheikh Eussoff dan Sophea Emilia berusia dua tahun.

Sumber: drsheikhmuszaphar

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN