Gengam Tangan, Ini Cara Mudah Nak Kenal Otak Anak Dominan Kanan Atau Kiri.

Share

Setiap ibu ayah sudah tentu inginkan anak yang mempunyai kecerdasan yang cemerlang dalam bidang akademik.

Ia lumrah bagi semua orang yang inginkan anak berjaya dalam hidup. Justeru, ramai yang sanggup menyediakan persekitaran pembelajaran yang sempurna buat anak-anak.

Dalam pada itu, ibu ayah juga boleh mengetahui potensi diri anak menerusi gengam tangan. Ini dinyatakan menerusi perkongsian saudara Mohd Fhais Salim 

yang sering berkongsi mengenai perkembangan diri kanak-kanak di facebook miliknya.

Daripada otak yang dominan ni kita boleh tahu banyak rahsia anak kita.

Antaranya :

Buat anak otak kiri dia lebih,

– banyak berfikir dari meneroka
– dia suka sangat pada nombor
– cerita kurang logik dia susah percaya
– fokus bila dah buat sesuatu
– ada rasa ingin tahu yang kuat

Buat anak otak kanan pula,

– lebih suka meneroka dari berfikir
– tak suka nombor tapi suka cerita
– kalau dengar kita cerita memang ralit
– tapi dia kuat juga berangan
– sangat-sangat kreatif

Ada banyak cara nak tengok anak dominan otak mana tapi ini cara paling senang.

Minta anak genggam sepuluh jari dia seperti di dalam gambar.

Lihat ibu jari mana yang di atas.

Jika ibu jari kanan di atas maka dia dominan otak kiri, jika ibu jadi kiri di atas maka dia dominan otak kanan.

Hujahnya,

Setiap anggota badan kita ni di kawal oleh otak yang berlawanan.

Otak kiri kawal bahagian kanan.
Otak kanan kawal bahagian kiri.

Cuba dan gudluck, sampaikan juga pada ibu ayah lain ye 

Sumber: Mohd Fhais Salim

IKLAN