Guna 3 Bahan Aje Buat Susu Pekat Manis Homemade.

Share

Sudah tentu setiap hari kita buat teh tarik atau kopi susu dengan susu pekat manis. Tak ada bancuhan susu pekat manis ni tak sedap lah rasa minuman kita.

Boleh dikatakan barangan wajib yang mesti ada dalam senarai barangan keperluan di rumah.

Selain membuatkan minuman rasa lemak berkrim, susu pekat manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih muih dan kek.

Selain beli susu pekat manis, kita sebenarnya boleh buat sendiri susu ini di rumah.

Melalui perkongsian oleh puan Zan Zafirah Zainal boleh kita cuba.

Hanya menggunakan tiga bahan aje, kita boleh buat susu pekat manis. Jom cuba.

MUDAH AJE NAK BUAT

Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya.

Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.

Bahan-bahan:

3 BAHAN AJE

1 1/2 cawan susu tepung

1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)

2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

Cara buat:

Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!

Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.

Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.

Selamat mencuba.

IKLAN