Guna Air Rebusan Bunga Cengkih, Wanita Ini Kongsi Cara Pulihkan Daun Rosak Serangan Serangga.

Share

Sudah tentu kecewa apabila mendapati tanaman rosak disebabkan serangan serangga. Akibatnya daun jadi rosak, tentu pokok pun tidak dapat tumbuh subur.

Nak tahu cara yang mudah bagi memulihkan Kembali daun yang rosak ikuti petua wanita ini. Mudah aje guna air rebusan bunga cengkih!

SEMBURAN BUNGA CENGKIH

Hari ini saya kongsikan cara yang selamat tanpa bahan kimia utk pulihkan daun yang rosak akibat diserang bena,ulat,semut hitam dan sebagainya. 

Cara cara saya sertakan di setiap pic di bawah. Ikut step by step.

Sediakn bunga cengkih.Ambik lbih kurang 3 sudu makan shj. Jgn lebih

 

Rendam bunga cengkih dlm 10 minit dgn air biasa.
Rebus bunga cengkih dengan 6. gelas air biasa sehingga betul betul mendidih.Guna api sederhana.
Setelah itu, sediakan satu bekas dan sejukkan selama lbh kurang 6-7 jam. Kemudian tapis airnya dan masukkn dlm botol spray.Jgn tambah air biasa.
Air rebusan bunga cengkih sedia utk digunakan .Spray pada permukaan daun yg bermasalah atau keseluruhan daun.Jangan sesekali terkena pada tanah.Seeloknya spray pd sebelah ptg.Cuaca panas jgn sesekali spray.Spray seminggu dua kali shj, cthnya Isnin dan Khamis.
Ini hasilnya slps dispray dgn air rebusan bunga cengkih. Daun daun mula sihat tanpa gangguan makhluk perosak.Mslh pokok cili saya ni x besar, cuma daunnya ada yg kerinting sehelai dua. Solution ini mnmpkkan hasil yg +ve.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat untuk memastikan tanaman kekal subur.

Sumber: Liyana Mohd Poad

 

 

IKLAN