Guna Carta Ini Nak Tahu Simptom Covid-19 Ikut Hari. Kena Alert!

Share

Sejak penularan wabak Covid-19 memasuki gelombang kedua bilangan pesakit dijangkiti terus meningkat termasuk di Malaysia.

Impaknya, PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik dan ia menggambarkan betapa teruknya Covid-19 ini.

Lantaran ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengeluarkan kenyataan nasihat dan panduan di media sosial berkaitan wabak COVID-19 ini. Selain itu, portal lain turut memberi panduan seumpama itu termasuk AADK Perak

yang memberi panduan berbentuk carta yang difahami merujuk simptom mengikut hari.

Secara umumnya, cara mengenal pasti Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI), individu dalam kalangan PUI dikenal pasti mempunyai gejala jangkitan Covid-19 seperti demam, batuk dan mengalami akut pernafasan dalam masa 14 hari.

Merujuk kepada perkongsian AADK Perak anda boleh check diri dan ahli keluarga simptom-simptom virus Covid 19 mengikut hari.

Jika didapati ada tanda-tanda ini segera terus pergi hospital berdekatan untuk buat ujian saringan COVID-19.

RUJUK CARTA INI

Selain itu, boleh guna mengenali simptom-simptom ni secara online yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Apa yang pasti, semoga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (CMO) ini dapat membantu sisihkan wabak ini dari negara kita.

Sumber: FB AADK Perak dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

IKLAN