Guna Cermin RM2.10 Pun Boleh Jadikan Rumah Nampak Mewah. Ikuti Idea Wanita Ini.

Share

Nak rumah kelihatan mewah dekorasinya tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi. Jika rajin dan kreatif tentu semuanya menjadi.

Salah satu cara nak buat ruang rumah yang sempit menjadi luas adalah dengan cara menggunakan cermin.

Penggunaan cermin berupaya memberi refleksi meningkatkan kadar cahaya dalam bilik lebih luas dan terang.

Dengan itu, perkongsian ini sungguh inspirasi menggunakan cermin di kedai Eco sebagai feature wall. Hanya menggunakan cermin harga RM2.10 sahaja rumah terus kelihatan mewah.

____________________________________________________________________

Cermin dari Kedai ECO RM2.10 je. Spray SparklingGold dari Mr. DIY.

So, lepas siap wainscoting haritu, saya tambah lagi seri kat wall. Tampal cermin ECO kat atas wainscoting.  Terus nampak lagi woww! 

Process menampal agak mencabar, sebab wall tak berapa lurus. 

Tapi puas hati bila dah siap.

Selamber je susun kat kedai Eco. Saya guna 18 keping untuk bagi nampak besar
Process spray cat. Jemur semalaman bagi cat meresap masuk
Ni spray dia. Color dia so cantikk
Susun dulu sebelum tampal kat wall.
Dah siap!

Nampak mewah cermin walaupun pada harga RM2.10 aje. Selamat mencuba!

Kredit: Teena Azwa

 

IKLAN