Guna Stokin Elak Semut Naik Ke Meja Makan. Memang Terbaik Idea Ni!

Share

Boleh dikatakan, bila berada di dapur kita orang perempuan ini selalu akan ‘berperang’ dengan semut. Pantang letak makanan atau minuman terhidang dimeja, sekejap itu juga akan dihurungnya. Geram rasanya, lalu bermacam-macam cara kita lakukan agar semut ‘tewas’ dan tidak lagi mengganggu ruang dapur kita.

Antara usaha yang biasa orang lain buat dan kita sendiri lakukan adalah seperti letakkan cengkih di dalam bekas gula atau letakkan jug air yang dihidang di dalam bekas berisi air untuk elak semut masuk ke dalam bekas minuman dan pelbagai cara lagilah.

Namun melalui teknik yang dilakukan oleh seorang suami ini dan dikongsikan diakaun fb isterinya, cukup unik dan berbeza sedikit. Nak tahu apa cara yang digunakan, jom semak!



Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.

Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).

TIP ELAK SEMUT NAIK KE MEJA


1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.

 


2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.

 


3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.
Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.

Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu. Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life”

sumber : Puan Zai

IKLAN